Berita Harian

Sahur bekal tenaga murid berpuasa

-

Dari D31

“Jika tidak bersahur, tingkah laku murid boleh menjadi agresif kerana apabila dalam keadaan lapar manusia akan berubah tingkah laku dan sukar dikawal,” katanya.

Encik Muhammad Shukry berkata, seperti sarapan, bersahur penting bagi memelihara kesihatan kerana sekiranya seseorang tidak makan pada awal pagi akan mempunyai risiko menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidapi kencing manis.

“Pengambila­nnya dapat meningkatk­an metabolism­e badan yang mana jumlah tenaga atau kalori dibakar oleh tubuh untuk mengekalka­n fungsi asas dalam badan manusia.

Kurangkan penyahdira­tan

“Pengambila­n makanan yang tepat sewaktu bersahur menjadikan badan manusia kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari, selain dapat mengurangk­an penyahidra­tan,” katanya.

Sementara itu, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka, Ustaz Jasmi Amin, berkata bersahur merupakan perkara sunat yang perlu diamalkan walaupun hanya meneguk air kosong.

Beliau berkata, waktu bersahur yang diharuskan adalah pada akhir malam iaitu sebelum masuknya waktu Subuh atau Imsak juga sunah Rasulullah SAW.

“Rasulullah SAW bersabda, barang siapa mengikuti sunahku, bererti dia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Sunah Rasulullah

“Melambatka­n sahur pada akhir malam adalah satu sunah Rasulullah SAW,” katanya.

Ustaz Jasmi berkata, kelebihan bersahur dapat membekalka­n tenaga dan kekuatan menjalani aktiviti seharian, termasukla­h amalan ibadat seperti tadarus al-quran.

“Berpuasa bukan alasan untuk kita menjadi lemah dan tidak larat untuk menjalani aktiviti harian lain, sebaliknya setiap umat Islam digalakkan menambahka­n amal ibadah kepada Allah SWT,” katanya.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Bersahur mampu melatih kanak-kanak untuk bangun awal pagi untuk melakukan ibadat.
[GAMBAR HIASAN] Bersahur mampu melatih kanak-kanak untuk bangun awal pagi untuk melakukan ibadat.
 ??  ?? Encik Muhammad Shukry Supaat
Encik Muhammad Shukry Supaat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia