Berita Harian

Kelab catur elit dapat khidmat profesiona­l

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) antara pasukan berkeboleh­an digeruni lawan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Bermula dengan kelas insentif memperkena­lkan catur kepada murid lima tahun lalu, kini nama skuad catur elit Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 18(1) digeruni pihak lawan dengan potensi besar yang dimiliki pasukan itu.

Guru Penolong Kanan Kokurikulu­mnya, Puan Nurhaslina Mohd Hanip, berkata kelab catur sekolah berkenaan mula aktif selepas melihat beberapa potensi bakat besar dalam permainan itu untuk menyertai kejohanan catur berprestij.

Katanya, kelab itu kini mampu melahirkan pemain catur yang bukan sahaja mewakili sekolah ke peringkat negeri, malah kebangsaan.

Sokongan ibu bapa

“Biarpun kelab ini fokus kepada catur rekreasi, namun pemain kami sering menunjukka­n kesungguha­n, malah apa yang menarik, sokongan daripada ibu bapa amat menggalakk­an dan dapat dilihat daripada inisiatif mereka untuk membawa anak masingmasi­ng menyertai pertanding­an anjuran pelbagai pihak.

“Hampir semua pemain kelab ini pernah menyertai kejohanan catur sehingga ke peringkat kebangsaan dan pemain SKPP 18(1) akan memberi saingan sengit kepada pihak lawan untuk menempatka­n diri dalam kelompok 30 terbaik,” katanya ketika ditemui, di sini, barubaru ini.

Selain menyertai kejohanan catur terbuka, kecemerlan­gan skuad catur elit SKPP 18(1) juga mendapat perhatian apabila terpilih menjadi tuan rumah untuk Festival Catur Putrajaya 2018 bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2018.

Penganjura­n oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu bukan hanya mendapat sambutan dalam kalangan peserta tempatan, tetapi juga beberapa pemain catur dari luar negara.

Khidmat profesiona­l

Sementara itu, Guru Penyelaras Skuad Catur Elit SKPP 18(1), Puan Hasnah Ishak, berkata bagi memantapka­n kemahiran pemain, pihaknya mendapatka­n khidmat latihan daripada Fide Master, Encik Ismail Ahmad yang juga pemain catur profesiona­l negara.

“Encik Ismail akan datang ke sekolah dan memberi tunjuk ajar kepada skuad pelapis dan juga pemain senior sekolah.

“Pembelajar­an teori dan pratikal memberi banyak kelebihan kepada pemain apabila mereka mendapat latihan daripada Encik

 ??  ?? Pemain catur elit SKPP 18(1) memberi tumpuan sepenuhnya ketika menjalani latihan.
Pemain catur elit SKPP 18(1) memberi tumpuan sepenuhnya ketika menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia