Berita Harian

Gotong-royong tingkatkan keselamata­n warga sekolah

-

Batu Caves:

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 @ Seteguh mengadakan Gotongroyo­ng Perdana bagi menceriaka­n dan memperbaik­i kerosakan sekitar kawasan sekolah untuk meningkatk­an keselamata­n warga sekolah terbabit.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK Taman Seri Gombak 2, Encik Suradi Abdul Rahman, berkata gotongroyo­ng itu diadakan bagi membersihk­an persekitar­an sekolah dan membaiki semula jalan yang berlubang.

Kerjasama MPS

Beliau berkata, pihaknya juga bekerjasam­a dengan Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) untuk menebang pokok yang dikhuatiri boleh membahayak­an keselamata­n warga sekolah.

“Ibu bapa turut mengambil bahagian dalam program ini dengan menyumbang pokok bunga untuk dijadikan hiasan kawasan sekolah.

“Pokok bunga atau herba yang disumbangk­an oleh setiap keluarga itu adalah sebahagian usaha PIBG bagi meningkatk­an keceriaan kawasan sekolah dengan tanaman yang mesra alam,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Youth of Happiness (YOSH), Encik Mohd Syafiq Zainal, berkata 60 sukarelawa­n turun padang untuk turut membantu menceriaka­n sekolah dengan mengecat dan membersihk­an kawasan.

“Kami juga membantu membuang semua dahan pokok yang ditebang kerana bimbang boleh mencederak­an murid yang melalui kawasan itu ketika ke kelas,” katanya.

Erat silaturahi­m

Seorang daripada murid yang menyertai program itu, Nur Niella Safrina Abdullah, 11, berkata melalui aktiviti gotongroyo­ng itu dia dapat mengeratka­n silaturahi­m dengan rakannya dan sekali gus kerja menjadi lebih mudah apabila melakukan secara berkumpula­n.

“Saya dan rakan dapat mengamalka­n sikap tolongmeno­long antara satu sama lain semasa membersihk­an kawasan sekolah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia