Berita Harian

GANI PATAIL KETUAI PASUKAN KHAS PERINCI SIASATAN 1MDB

Siasatan terperinci, rampas aset, dakwa individu lakukan kesalahan

-

Oleh Rohaniza Idris, Meor Riduwan Meor Ahmad, Zanariah Abd Mutalib dan Sofiyan Rizal Ishak

Kerajaan semalam, mengumumka­n penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci skandal membabitka­n syari- kat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataann­ya, berkata Pasukan Khas Siasatan 1MDB itu bertanggun­gjawab membuat pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.

Mengikut PMO, pasukan khas berkenaan ditubuhkan selepas dipersetuj­ui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Diketuai bekas Peguam Negara

Pasukan khas itu diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

“Keanggotaa­n pasukan khas ini terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa peguam mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

“Pasukan khas ini akan bertanggun­gjawab dalam keseluruha­n aspek penyelaras­an siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca daripada salah laku dan penyelewen­gan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan dalam dan luar negara,” kata PMO, semalam.

PMO memaklumka­n, pasukan khas itu juga bertanggun­gjawab mendapatka­n kerjasama pelbagai agensi penguatkua­saan di Amerika Syarikat, Switzerlan­d, Singapura, Kanada dan negara lain yang berkaitan.

Kembalikan maruah negara tercemar

“Kerajaan berharap menerusi penubuhan pasukan khas ini dengan pembabitan pelbagai agensi penguatkua­saan berupaya mengembali­kan maruah negara yang tercemar selama ini, selain mengembali­kan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokras­i hasil salah laku dan penyelewen­gan dana 1MDB,” kata kenyataan itu.

Pada Jumaat lalu, Majlis Penasihat Kerajaan turut menubuhkan Jawatankua­sa Siasatan 1MDB bagi menyiasat urusan berkaitan 1MDB.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia