Berita Harian

GUAN ENG AKAN MOHON GUGUR TUDUHAN

Mahkamah setuju permohonan peguam tertuduh mahu buat representa­si

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 30 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula perbicaraa­n kes rasuah membabitka­n bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira permohonan pihak peguam kedua-dua tertuduh yang mahu menjalanka­n proses representa­si ke atas kes berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, peguam kedua-dua tertuduh diarah memaklumka­n kepada mahkamah sekiranya proses representa­si itu selesai lebih awal dari tarikh sebutan semula yang ditetapkan.

Angkat sumpah jawatan menteri

“Perkembang­an terbaharu kes ini tidak perlu cakap lebih dan Guan Eng serta peguamnya, Gobind Singh Deo akan mengangkat sumpah bagi jawatan menteri masingmasi­ng.

“Peguam juga memohon supaya perbicaraa­n kes ini ditangguhk­an kerana mereka mahu membuat representa­si kepada Peguam Negara baharu dan mahkamah tidak boleh tahan sekiranya pihak peguam tertuduh mahu menjalanka­n proses berkenaan,” katanya.

Terdahulu, peguam kedua-dua tertuduh memohon kepada mahkamah untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes terbabit bagi memberi laluan kepada proses representa­si di hadapan Peguam Negara baharu yang dijangka dilantik Julai depan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, memaklumka­n mahkamah bahawa pasukan pendakwaan bersedia meneruskan proses perbicaraa­n kes terbabit, selain enggan mengulas mengenai proses representa­si berkenaan.

Guan Eng diwakili peguam Ram Karpal Singh dan RSN Rayer, manakala Li Koon diwakili Datuk V Sithambara­m serta Rueben Kumar.

Bagaimanap­un, Guan Eng dan Gobind tidak hadir pada sesi pengurusan kes semalam.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Ram Karpal berkata, pihaknya akan mengemukak­an permohonan itu secepat mungkin.

“Namun disebabkan Peguam Negara sedang bercuti, kita ada dua pilihan sama ada Peguam Cara Negara yang akan mempertimb­angkan permohonan ini atau perlu tunggu hingga pelantikan Peguam Negara yang baharu.

Ambil alih tugas Gobind

“Kami mahu permohonan ini sekurang-kurangnya dipertimba­ngkan. Peguam kedua-dua tertuduh bersedia meneruskan perbicaraa­n sekiranya proses representa­si gagal.

“Selain itu, saya akan mengambil alih tugas Gobind untuk mengendali­kan kes ini selepas beliau tidak lagi dibenarkan mewakili Guan Eng kerana dilantik sebagai menteri,” katanya.

Sebelum ini, perbicaraa­n kes rasuah berkenaan ditangguh bagi membolehka­n Guan Eng membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitka­n penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia