Berita Harian

Kabinet baharu angkat sumpah

Istiadat bermula jam 5.45 petang di Singgahsan­a Kecil turut disaksikan PM, isteri

-

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia Menteri Kabinet di Istana Negara, semalam. Turut mengangkat sumpah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan,

Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di hadapan Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara, semalam.

Istiadat itu yang berlangsun­g di Singgahsan­a Kecil turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Istiadat bermula pada jam 5.45 petang dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga.

TPM wanita pertama negara

Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara.

Dr Wan Azizah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Yang turut mengangkat sumpah ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan), Ahli Parlimen Titiwangsa Rina Mohd Harun (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar); Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi), Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (Menteri Pengangkut­an).

Yang lain ialah Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Naib Pengerusi DAP M Kulasegara­n (Menteri Tenaga Manusia); Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).

Umum secara berperingk­at

Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksika­n tamatnya pemerintah­an 61 tahun Barisan Nasional.

Dr Mahathir dijangka menamakan anggota Kabinet yang seterusnya secara berperingk­at.

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]
 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Sultan Muhammad V berkenan mendengar lafaz ikrar taat setia dan menyimpan rahsia pada majlis penyerahan Surat Cara Pelantikan kepada Dr Wan Azizah sambil diperhatik­an Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah di Istana Negara, semalam.
[FOTO BERNAMA] Sultan Muhammad V berkenan mendengar lafaz ikrar taat setia dan menyimpan rahsia pada majlis penyerahan Surat Cara Pelantikan kepada Dr Wan Azizah sambil diperhatik­an Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah di Istana Negara, semalam.
 ??  ?? Mohamed Azmin (kiri), Rina dan Maszlee melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, semalam.
Mohamed Azmin (kiri), Rina dan Maszlee melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, semalam.
 ??  ?? Gobind, Siew Fook (tengah) dan Zuraida menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan di Istana Negara, semalam.
Gobind, Siew Fook (tengah) dan Zuraida menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan di Istana Negara, semalam.
 ??  ?? Dari kiri; Dr Dzulkefly, Kulasegara­n dan Salahuddin menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan, semalam.
Dari kiri; Dr Dzulkefly, Kulasegara­n dan Salahuddin menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia