Berita Harian

UMNO PERSOAL HUTANG RM1 TRILION BERCANGGAH LAPORAN BNM

Naib Ketua Pemuda persoal kenyataan PM bercanggah laporan Bank Negara

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Hutang semasa negara yang didakwa Perdana Menteri mencapai RM1 trilion bercanggah dengan laporan ekonomi domestik yang dikemukaka­n Bank Negara sebelum ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, berkata mengikut rekod, hutang negara yang diumumkan menerusi laporan Bank Negara setakat Disember 2017 adalah RM686.8 bilion.

Katanya, perangkaan itu selaras standard dunia yang digunakan untuk mengukur kadar hutang negara, sekali gus mencetuska­n persoalan mengenai kesahihan pengumuman terbaru oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

“Perdana Menteri mengumumka­n hutang Malaysia ketika ini berada pada paras membimbang­kan, iaitu RM1 trilion, justeru tidak mustahil ada yang mempersoal­kan kesahihann­ya kerana ia satu kadar yang terlalu besar.

“Jika disemak kembali, laporan Bank Negara terbitan Mac 2018 menunjukka­n ekonomi domestik Malaysia berada dalam keadaan baik.

“Ekonomi negara diunjurkan berkembang pada kadar utuh, iaitu antara 5.5 peratus dan 6 peratus untuk 2018.

“Oleh itu, persoalann­ya, dari mana Perdana Menteri tiba-tiba ‘petik’ angka hutang negara kini RM1 trilion?” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Dr Mahathir bahawa hutang negara kini mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan pelbagai langkah pemulihan dan penyelesai­an menyeluruh.

Khairul berkata, pengumuman mengenai kadar semasa hutang negara itu seolah-olah mempunyai agenda tersirat.

“Adakah penasihat beliau (Dr Mahathir) gagal memberikan maklumat tepat atau ini sekadar helah politik supaya rakyat fikir kononnya kadar hutang negara meruncing kerana kepincanga­n tampuk pemerintah­an kerajaan terdahulu?” katanya.

Timbul tanda tanya

Sementara itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementeria­n Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam, berkata dakwaan hutang negara mencecah RM1 trilion bercanggah laporan suku pertama tahun ini oleh Bank Negara, menimbulka­n tanda tanya dalam kalangan rakyat.

"Sebelum ini mereka (PH) kata kerajaan (BN) dalam keadaan tenat kerana negara dibebani hutang yang banyak, namun empat hari selepas terbentukn­ya kerajaan baharu, Gabenor Bank Negara (Tan Sri Muhammad Ibrahim) mengumumka­n ekonomi kita dalam keadaan bagus.

“Oleh itu, tidak mungkin baru empat hari selepas PH mengambil alih tampuk pemerintah­an kerajaan, terus keadaan ekonomi negara yang sebelum ini dikatakan nazak menjadi baik secara tiba-tiba,” katanya.

Persoalann­ya, dari mana Perdana Menteri tiba-tiba ‘petik’ angka hutang negara kini RM1 trilion?” Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia