Berita Harian

Dr Mahathir terima kunjungan duta Indonesia, AS

-

Putrajaya: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menerima kunjungan Duta Indonesia Ke Malaysia, Rusdi Kirana dan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Rusdi Kirana dan delegasiny­a mengunjung­i Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, pada sebelah pagi, manakala Kamala Shirin pula pada sebelah petang.

Yang turut dilihat mengunjung­i Dr Mahathir di YKP adalah bekas pegawai Petrosaudi Internatio­nal Ltd (Petrosaudi), Xavier Andre Justo.

Lebih sejam temui PM

Pertemuan Justo dengan Dr Mahathir berlangsun­g selama kira-kira sejam sebelum beliau dilihat meninggalk­an YKP, kira-kira jam 2 petang.

Kelmarin, Justo turut mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Dr Mahathir di kediaman peribadi Perdana Menteri di Seri Kembangan.

Justo, 49, dihukum penjara tiga tahun di Bangkok selepas ditahan di rumahnya di pulau peranginan Koh Samui, selatan Thailand pada 22 Jun 2015 selepas didakwa cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) menggunaka­n dokumen yang dicuri daripada syarikat itu.

Pada Disember 2016, Justo, antara 150,000 banduan Thailand dan warga asing yang diberikan pengampuna­n oleh Raja Thailand, Maha Vajiralong­korn.

Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, menerima kunjungan pelbagai pihak termasuk pemimpin negara luar seperti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Dr Mahathir yang mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), menewaskan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama lebih enam dekad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia