Berita Harian

Mohd Shukri janji kongsi kisah menarik

Ketua Pengarah SPRM anggap tanggungja­wab lebih mencabar, janji laksana sebaik mungkin

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

“Esok (hari ini) ada taklimat untuk media. Saya akan berkongsi cerita menarik dengan media mengenai pengalaman saya,” kata Ketua Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Mohd Shukri berkata demikian ketika menemui kumpulan media yang membuat liputan hari pertama beliau melaporkan diri bertugas di Ibu Pejabat SPRM, semalam.

Ditanya perasaanny­a dipanggil kembali bertugas mengetuai SPRM, Mohd Shukri menganggap tanggungja­wabnya kini sebagai satu cabaran yang sukar.

Janji tunai tanggungja­wab

Namun, beliau berjanji melaksanak­an tanggungja­wab terbabit dengan sebaik mungkin.

Terdahulu, ketibaan beliau di Ibu Pejabat SPRM di sini jam 10.25 pagi semalam, disambut Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki serta pegawai kanan dan kakitangan SPRM lain.

Mohd Shukri kemudian memasukkan kad perakam waktu tepat jam 10.29 pagi bagi menandakan permulaan tugasnya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baharu menggantik­an Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Difahamkan, Mohd Shukri sudah menerima perkenan daripada Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menerusi surat yang diserah kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, semalam.

Mohd Shukri berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM, sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir dipegang adalah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia