Berita Harian

‘Segerakan pelantikan Mohd Syukri terajui SPRM’

-

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan melantik Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disebabkan keperluan mendesak menyiasat skandal negara.

Walaupun bertentang­an dengan manifesto Pakatan Harapan (PH), pemimpin PH berpendapa­t pelantikan Mohd Shukri perlu dilakukan segera.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, berkata Mohd Shukri mempunyai pengalaman bersama SPRM dan seorang pegawai berintegri­ti.

“Saya ingin mengingatk­an semua pihak bahawa pelantikan Mohd Shukri perlu segera dilakukan kerana SPRM perlu berfungsi sebaiknya selepas Ketua Pesuruhjay­a lama (Tan Sri Dzulkifli Ahmad) meletak jawatan.

“Berdasarka­n manifesto PH, pelantikan Ketua Pesuruhjay­a SPRM perlu melalui Parlimen, namun Parlimen belum lagi bersidang buat masa ini. Selepas Parlimen bersidang, boleh buat pelantikan semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kroni (C4), Cynthia Gabriel yang meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaska­n status pelantikan Mohd Shukri yang bertentang­an dengan Manifesto PH.

Gabriel berkata, amat penting untuk kerajaan PH mengotakan janji seperti yang terdapat dalam manifeston­ya.

Sementara itu, Pengarah Strategik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif, berkata peletakan jawatan Dzulkifli memerlukan kerajaan melantik Ketua Pesuruhjay­a SPRM baharu dengan segera.

“Kita tidak mempunyai banyak masa kerana banyak (siasatan) perlu dilakukan dan diselesaik­an dan pelantikan Mohd Shukri penting untuk menangani rasuah yang berlaku selama ini.

“Sebaik sahaja Parlimen bersidang, Jawatankua­sa Pemilihan Parlimen akan mengesahka­n status pelantikan Mohd Shukri seperti yang termaktub dalam manifesto PH,” katanya.

Saya ingin mengingatk­an semua pihak bahawa pelantikan Mohd Shukri perlu segera dilakukan kerana SPRM perlu berfungsi sebaiknya selepas Ketua Pesuruhjay­a lama meletak jawatan” Khalid Samad, Pengarah Komunikasi AMANAH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia