Berita Harian

Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuh

-

Kuala Lumpur: Akta Antiberita Tidak Benar yang diwartakan pada April lalu, akan dimansuhka­n, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, cadangan bagi memansuhka­n akta itu akan dibawa kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi membolehka­n akta itu dihapuskan segera.

“Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang media esok untuk beritahu secara khusus. Seperti yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhka­n akta ini.

“Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang diperlukan saya akan bincangkan dengan pegawai saya esok. Memang saya akan lakukan dan mula bertugas tepat 8.30 pagi esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 Menteri Kabinet yang lain di hadapan Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara, semalam.

Selaku menteri yang baharu di kementeria­n berkenaan, Gobind, 45, berkata, kebebasan media menjadi agenda utamanya dan beliau komited dalam hal itu.

Namun, katanya, perkara itu perlu dibuat rujukan berdasarka­n undang-undang sedia ada.

“Kebebasan media adalah keutamaan saya. Media membuat berita dan syarikat penerbitan terikat dengan undang-undang sedia ada, jadi kami perlu melihat dari segi itu.

Tingkat kebebasan akhbar

“Kami harus mencari kaedah yang boleh tingkatkan kebebasan akhbar di negara ini. Saya akan wujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada pakar perundanga­n supaya mereka dapat lihat kepada impak undangunda­ng, di mana ada kelemahan dan kami akan cuba perbaiki,” katanya.

Antara perkara lain yang akan dikaji semula adalah beberapa undang-undang berkaitan Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), membabitka­n aduan dan siasatan terhadap beberapa kes yang dilaporkan.

Selain itu, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, beliau juga akan memberi perhatian serius terhadap keseluruha­n aspek laporan berita dan mencari jalan bagaimana sistem televisyen tempatan dapat bersaing dengan saluran media antarabang­sa.

Katanya, media tempatan perlu mempelajar­i daripada media antarabang­sa untuk lebih berpengeta­huan dalam penyampaia­n berita.

Gobind, yang juga Timbalan Pengerusi DAP memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Warwick Britain dan Jurusan Undang-undang dari Lincoln’s Inn.

Beliau diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 1996 dan meneruskan legasi ayahnya iaitu bekas pemimpin veteran DAP, mendiang Karpal Singh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia