Berita Harian

Jawatankua­sa jamin siasatan adil, teliti

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MBD) mem beri jaminan siasatan kes itu akan dibuat secara adil dan teliti.

Pengerusin­ya, yang juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, berkata siasatan juga dibuat mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur sedia ada.

“Kita akan pastikan pasukan penyiasat berlaku adil terhadap semua pihak. Ini selari dengan apa disuarakan Perdana Menteri iaitu siasatan perlu mematuhi undang-undang sedia ada dan telus,” katanya kepada media di Menara Ilham, di sini, semalam.

Tumpuan siasatan

Abu Talib menjelaska­n, Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang ditubuhkan semalam itu akan melaporkan perkembang­an siasatan kepada jawatankua­sa yang diketuainy­a.

Mengulas lanjut perbincang­an jawatankua­sa dan pasukan khas itu petang semalam, beliau berkata, tumpuan adalah bagi menyiasat skandal 1MDB untuk mendapatka­n semula wang negara.

Ditanya sama ada mesyuarat membincang­kan secara khusus mengenai kertas pertuduhan yang pernah disediakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, ia tidak dibincangk­an.

Jawatankua­sa Siasatan 1MDB turut dianggotai Rakan PWC Risk Assurance Services, Nik Shahrizal Sulaiman; Rakan Kanan Naqiz Partners, Syed Naqiz Shahabuddi­n Syed Abdul Jabbar; Penasihat Kanan Financial Services Authority Indonesia, Faris Rabidin serta Pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kroni, Cynthia Gabriel.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Abu Talib tiba di Menara Ilham, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Abu Talib tiba di Menara Ilham, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia