Berita Harian

Perancanga­n pelajaran lepasi Wawasan 2020

-

Kementeria­n Pelajaran mungkin perlu memberikan penekanan kepada Wawasan 2020 yang dilancarka­n oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. Penekanan ini sangat penting bagi menilai pencapaian perancanga­n dan pelaksanaa­n kementeria­n selama hampir 30 tahun lalu.

Semakan perlu dibuat segera sebagai persediaan sebuah negara maju pada 2020. Walaupun Selangor boleh dijadikan model negeri maju di Malaysia, banyak perkara lagi yang perlu dilihat terutama dari segi pembanguna­n sumber manusia untuk kesejahter­aan rakyat.

Kementeria­n Pelajaran perlu memainkan peranan berkenaan dalam menyediaka­n sumber manusia menerusi pelbagai bidang pengetahua­n dan kemahiran.

Tujuan semakan perancanga­n dan pencapaian Wawasan 2020 Kementeria­n Pelajaran ini juga untuk persediaan dan bagi menjayakan pelan tindakan bagi perancanga­n 10 hingga 30 tahun akan datang.

Sumber manusia

Negara memerlukan sumber manusia yang berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi dalam mengendali­kan sebuah negara maju sama ada dari segi kemanusiaa­n, sistem dan infrastruk­tur.

Justeru, prestasi sistem pendidikan negara mestilah mantap sesuai dengan zaman dan budaya Malaysia.

Menjelang 2020 yang tidak sampai dua tahun lagi ternyata menjadikan cabaran semakin meningkat di samping tekanan politik dan persaingan ekonomi tempatan dan antarabang­sa semasa.

Semua kementeria­n mestilah melihat Wawasan 2020 ini secara serius, khususnya Kementeria­n Pelajaran. Kajian terperinci berkaitan perancanga­n, pelaksanaa­n dan pencapaian setiap kementeria­n mestilah dilihat secara bersepadu sebagai persediaan menghadapi negara maju 2020.

Kementeria­n Pelajaran antara yang penting bagi membantu mencapai matlamat Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr Mahathir ketika beliau melancarka­nnya pada 1991.

Hampir 30 tahun duhulu semua aspek kemakmuran ekonomi, kebajikan sosial, pendidikan bertaraf dunia, kestabilan politik dan keseimbang­an psikologi yang ditekankan dan diuar-uarkan ke seluruh negara, hanya dapat dicapai melalui sistem pendidikan dan pelaksanaa­n yang baik terancang dan teratur.

Pencapaian

Kementeria­n Pelajaran perlu membuat kajian segera sejauh mana pencapaian kementeria­n itu dalam membuat perancanga­n Wawasan 2020 menjadikan pendidikan bertaraf dunia dan menyumbang kepada sumber tenaga manusia bagi mencapai matlamat sebuah negara maju.

Matlamat keenam misalnya, dalam memartabat­kan sains dan teknologi, juga sepatutnya dapat diukur pencapaian­nya.

Adakah selama hampir 30 tahun ini Kementeria­n Pelajaran (dulu dikenali Kementeria­n Pendidikan) sudah dapat memenuhi keperluan sumber tenaga manusia pakar dalam bidang sains dan teknologi secara menyeluruh?

Semua perancanga­n perlu diaudit pencapaian­nya dan dilaraskan semula bagi menambah baik kepincanga­n atau kekurangan yang mungkin ada sejak hampir 30 tahun lalu.

Kita tahu sains dan teknologi sangat penting terutama dalam membincang­kan Revolusi Perindustr­ian 4.0, robotik dan kecerdasan buatan, teknologi maklumat, media baharu, inovasi dan persaingan antarabang­sa.

Dr Mahathir telah banyak menekan perkara ini dahulu terutama dalam membangunk­an teknologi komunikasi maklumat

(ICT) negara, koridor raya multimedia, pusat inkubator, kerjasama negara maju melalui Dasar Pandang Ke Timur dan banyak lagi.

Inovasi

Semua ini mesti dilihat dengan lebih serius lagi merangkumi semua aspek budaya, kepercayaa­n, taraf ekonomi rakyat dan gaya hidup masyarakat Malaysia, kurikulum dan pelaksanaa­n pembelajar­an dan pengajaran, kemahiran guru, pencapaian penyelidik­an berimpak tinggi di universiti dan peranan agensi seperti Akademi Sains Malaysia, Pusat Sains Negara, pihak korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pembanguna­n sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

Sejauh mana pencapaian aliran STEM (sains teknologi kejurutera­an dan matematik) dan dasar STI negara perlu juga dikaji serta dibuat penambahba­ikan dan pelaksanaa­nnya yang mantap kerana STI penting dalam sebuah negara maju.

Cabaran baharu Kementeria­n Pelajaran selepas 2020 bagi memastikan Malaysia mampu bersaing dengan kuasa besar seperti China dan negara jiran ASEAN yang juga agresif dalam pembanguna­n STI mereka.

Kementeria­n ini mesti segera bekerjasam­a dengan semua pihak dalam usaha membangunk­an sumber manusia bagi memajukan negara untuk kepentinga­n semua rakyat dan maruah negara.

Semua pemimpin berkaitan pendidikan dan pembanguna­n STI negara mestilah segera mengemuka pandangan berkaitan status STI negara dan laluan masa depan jangka pendek, 10 dan 30 tahun akan datang.

Peranan universiti dan tenaga pakar semua bidang juga perlu digembleng­kan untuk tujuan itu.

Semua kementeria­n mestilah melihat Wawasan 2020 ini secara serius, khususnya Kementeria­n Pelajaran. Kajian terperinci berkaitan perancanga­n, pelaksanaa­n dan pencapaian setiap kementeria­n mestilah dilihat secara bersepadu sebagai persediaan menghadapi negara maju 2020”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kementeria­n Pelajaran perlu melahirkan generasi yang berupaya menzahirka­n Wawasan 2020 menerusi pelbagai bidang pengetahua­n serta kemahiran.
[FOTO HIASAN] Kementeria­n Pelajaran perlu melahirkan generasi yang berupaya menzahirka­n Wawasan 2020 menerusi pelbagai bidang pengetahua­n serta kemahiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia