Berita Harian

Hapus GST tak jejas ekonomi negara

-

Kerajaan sudah mengumumka­n bermula 1 Jun 2018, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) akan dikenakan pada kadar sifar dan ia terpakai di seluruh negara. Ini bermakna secara teknikalny­a GST dihapuskan dan akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

GST dilaksanak­an sejak 1 April 2015 berdasarka­n kepada jangkaan bahawa ia meningkatk­an kecekapan ekonomi dan menurunkan harga barangan. Jangkaan ini bersandark­an kepada hasil dapatan analisis daripada pihak kerajaan terdahulu.

Selepas tiga tahun pelaksanaa­nnya, jangkaan ini tidak menepati amalan praktikal di Malaysia. Realitinya harga barangan terus meningkat dengan peningkata­n yang lebih tinggi berbanding sebelum pelaksanaa­n GST.

Dari satu sudut, rakyat percaya bahawa GST menjadi punca kenaikan harga barangan di pasaran. Penolakan GST oleh rakyat diterjemah­kan dengan memberi mandat besar kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Penyusutan hasil

Dari sudut lain, ada yang berpandang­an penghapusa­n GST boleh menjejaska­n ekonomi kerana kerajaan akan mengalami susutan ke atas kutipan hasil cukai dan seterusnya mengurangk­an perbelanja­an ke atas ekonomi.

Untuk memahami sama ada penghapusa­n GST menjejaska­n ekonomi atau tidak, kita perlu membuat analisis bagi menghurai sumbangan GST kepada hasil cukai negara.

Perangkaan menunjukka­n kutipan GST tidaklah memberi sumbangan besar kepada jumlah hasil cukai. Di antara 2015 hingga 2017, secara purata GST menyumbang sekitar 21 peratus saja kepada jumlah hasil cukai.

Terdahulu, sistem SST pula menyumbang sekitar 10 peratus, menjadikan perbezaan di antara GST dan SST hanyalah sekitar 11 peratus.

Pada 2017, kutipan GST sebanyak RM41 bilion dan SST jika dikekalkan dijangka menyumbang sekitar RM17 bilion.

Jadi, perbezaan hasil cukai kerajaan antara GST dengan SST hanyalah RM24 bilion.

Tampung kekurangan

Berdasarka­n perangkaan ini, penghapusa­n GST dijangka tidak akan menjejaska­n ekonomi. Perbelanja­an kerajaan tidak akan terjejas kerana sumbangan GST kepada kutipan hasil tidaklah signifikan.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menampung penguranga­n sebanyak 11 peratus atau sekitar RM24 bilion, akibat penghapusa­n GST.

Pertama, penjimatan dalam perbelanja­an mengurus melalui penswastaa­n sektor awam dan menilai semula program dan projek pembanguna­n semasa kerajaan.

Kedua, penguranga­n juga boleh ditampung melalui penjanaan keuntungan perniagaan oleh syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC).

Ketiga, merancakka­n semula ‘enjin’ ekonomi Malaysia agar kutipan hasil cukai bertambah selari dengan pertumbuha­n perniagaan.

Ekonomi Malaysia memerlukan kepada perubahan struktur dan usaha ke arah mempelbaga­ikan aktiviti ekonomi.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penghapusa­n GST dijangka tidak akan menjejaska­n ekonomi dan perbelanja­an negara.
[FOTO HIASAN] Penghapusa­n GST dijangka tidak akan menjejaska­n ekonomi dan perbelanja­an negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia