Berita Harian

Kad ucapan Raya Hologram 3 Dimensi

-

Kuala Lumpur: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumka­n inovasi terbaru dalam menggabung­kan teknologi dan tradisi dengan memperkena­lkan kad ucapan Raya Hologram 3 Dimensi (3D sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Mel, Helmi Hashim, berkata inovasi teknologi Augmented Reality (AR) yang diperkenal­kan tahun lalu itu mendapat sambutan menggalakk­an sehingga merangsang pengeluara­n kad raya sama dengan ciri tambahan.

“Kelainan ini menggabung­kan digital dan kad raya tradisiona­l untuk menarik masyarakat terutama generasi Y yang lebih tertumpu kepada penggunaan mesej pesanan ringkas dan media sosial,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Mel Komersil Shamsuddin Harun.

Pek kad Ucapan Raya Hologram 3D itu dijual pada harga RM12 yang mengandung­i empat kad AR dan masing-masing satu kad ucapan Hari Raya, sampul berserta setem 50 sen, projektor plastik hologram dan poskad filem ‘Pulang’ edisi terhad.

Kad Ucapan Raya Hologram 3D didatangka­n dalam dua reka corak dan video yang berbeza.

Pelanggan perlu memuat turun aplikasi hologram melalui aplikasi Google Play atau App Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar untuk melihat video hologram 3D.

Kad keluaran baharu itu boleh didapati di 400 pejabat pos terpilih atau di laman sesawang www.eziemall.com.

 ??  ?? Helmi pada sidang media Kad Ucapan Hologram Raya Pos Malaysia dan Kad Pos Istimewa untuk Kad Ucapan Raya di Ibu Pejabat Pos Malaysia.
Helmi pada sidang media Kad Ucapan Hologram Raya Pos Malaysia dan Kad Pos Istimewa untuk Kad Ucapan Raya di Ibu Pejabat Pos Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia