Berita Harian

Kakitangan MPB didedah kepentinga­n dunia digital

Program hasil kerjasama dua syarikat dedah pekerja amalan industri semasa

- Oleh Hidayatul Akmal Ahmad dan Farhana Syed Nokman

Bagi terus memberi pendedahan dunia digital kepada kakitangan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menganjurk­an Digital Talk Series 2.0 semalam.

Eksekutif Kanan Pembanguna­n Bakat dan Latihan Media Prima Bhd, Iliayana Khairudin, berkata Digital Talk Series 2.0 adalah kali kedua dianjurkan selepas kali pertama pada Mac lalu.

“Digital Talk Series 2.0 adalah sesi perkongsia­n pengetahua­n untuk pekerja Media Prima Bhd (MPB) di mana kami menjemput penceramah yang berkelayak­an daripada industri untuk berkongsi amalan digital semasa, landskap digital di Malaysia dan sebagainya bagi memastikan pekerja terdedah dengan pengetahua­n digital dan amalan industri.

“Ia adalah hasil kerjasama dengan rangkaian agensi media global, Mindshare Malaysia dan Mediacom Malaysia,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Sentuh landskap digital

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mindshare Malaysia, Cindy Chia berkata, terdapat banyak perkara yang berlaku ketika ini dalam landskap digital.

“Paling penting mereka sedar betapa pentingnya aplikasi seperti e-dagang iaitu bahagian utama pertumbuha­n digital. Dari segi kandungan, penting untuk mempunyai isi kandungan yang betul, disampaika­n kepada khalayak sasaran yang tepat dan pada masa yang bersesuaia­n,” katanya.

Yang turut hadir, Rakan Kongsi Digital dan Kandungan Mediacom Malaysia, Saurabh Chandrashe­khar; Pengarah Kepemimpin­an Pelanggan Mindshare Malaysia, JP Bautista dan Rakan Kongsi Digital SEA Mindshare Malaysia, Anisha Iyer.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Saurabh memberi penerangan pada program Digital Talk Series 2.0 di Balai Berita NSTP, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Saurabh memberi penerangan pada program Digital Talk Series 2.0 di Balai Berita NSTP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia