Berita Harian

JKM minta orang ramai beri maklumat waris kanak-kanak

-

Johor Bahru: Sambutan Aidilfitri tahun ini pasti bermakna buat dua kanak-kanak mangsa pengabaian jika dapat meraikanny­a bersama keluarga.

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Nur Muhammad, 5, dan Aniq, 4, masing-masing menjadi mangsa pengabaian sejak 2015 dan April lalu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat, berkata sehingga kini tiada waris kanakkanak itu tampil melawat atau menuntut mereka.

Beliau berkata, mengikut maklumat diperoleh, ibu bapa Nur Muhammad kini menjalani hukuman penjara di Kluang berikutan kesalahan penyalahgu­naan dadah.

Bagaimanap­un, katanya mereka gagal mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan pasangan banduan berkenaan termasuk tempoh hukuman penjara.

“Selain ibu bapa, Nur Muhammad juga tidak menerima kunjungan daripada waris lain.

“Selama tiga tahun, mulai 11 Februari 2015 hingga 10 Februari lalu, Nur Muhammad ditempatka­n di Rumah Kanak-kanak Kuala Kangsar, Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang dan kemudianny­a di Rumah Perlindung­an Kanak-kanak Johor,” katanya.

Normawarni turut memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa atau waris Aniq.

Merayau seorang diri

Beliau berkata, Aniq diselamatk­an dan ditempatka­n di Rumah Perlindung­an Kanak-kanak Johor Bahru selepas ditemui merayau seorang diri di sekitar kawasan Medan Selera, Sri Stulang, di sini, pada 20 April lalu, tanpa pengawasan orang dewasa.

Katanya, sepanjang Aniq dalam jagaan di institusi JKM, tiada sebarang tuntutan diterima daripada warisnya.

“Aniq dirujuk lbu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan susulan ditemui seorang diri tanpa pengawasan, selain boleh berkomunik­asi dan mendakwa ibu bapanya ditahan polis.

“Kanak-kanak ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui dan hal ini menyukarka­n JKM meneruskan pengurusan bagi kes kanak-kanak.

“Susulan itu, Aniq ditempatka­n di institusi perlindung­an JKM selaras peruntukan Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001 untuk sementara waktu,” katanya.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubung­i Pelindung Kanak-kanak JKM Johor Bahru, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606.

 ?? [FOTO IHSAN JKM JOHOR] ?? Aniq
[FOTO IHSAN JKM JOHOR] Aniq
 ??  ?? Nur Muhammad
Nur Muhammad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia