Berita Harian

World #Quranhour 7 Jun rai sejarah kitab suci

-

Shah Alam: Kempen World #Quranhour tahun ini akan diadakan pada 22 Ramadan atau 7 Jun ini bagi meraikan sejarah kitab suci al-quran yang diturunkan pada Ramadan.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddi­n Yaakub, berkata ketika Ramadan, umat Islam akan lebih dekat dengan kitab suci, justeru kempen World #Quranhour ingin mengambil kesempatan terhadap gelombang berkenaan.

“Sebelum ini kita adakan pada 9 Zulhijjah iaitu hari wukuf di Arafah, tetapi tahun ini kita buat sedikit kelainan kerana ingin menumpang gelombang bulan mulia.

“Dalam tempoh sejam ( jam 11 pagi hingga 12 tengah hari), kita mahu umat Islam berinterak­si iaitu bukan sahaja membawa, tetapi memahami agama menerusi alquran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang mengadakan Ride for #Quranhour sebagai tanda simbolik sokongan terhadap kempen yang memasuki tahun ketiga itu. Katanya, dua kempen sebelum ini adalah

dan “Kita menjangka lebih 1,000 motosikal menyertai kempen berkenaan yang akan bermula di Putrajaya dan berakhir di pejabat Kumpulan Media Karangkraf.

“Antara intipati program dirancang adalah singgah di 10 masjid sepanjang jalan untuk menyerahka­n al-quran, selain menyampaik­an mesej #Quranhour,” katanya.

Tema World #Quranhour

Hussamuddi­n berkata, tema World #Quranhour tahun ini adalah ‘Panduan Pembentuka­n Umat Berakhlak Mulia melalui surah al-hujurat,’ iaitu dengan menekankan kebaikan surah al-hujurat yang dianggap sesuai dengan kesan dialami negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Katanya, melalui surah al-hujurat, ia secara keseluruha­nnya bercerita mengenai cara mencapai akhlak mulia dengan merujuk kepada al-quran.

“Kesan amalan surah al-hujurat juga akan membentuk akhlak yang bagus iaitu seseorang itu tidak mudah menghina atau merendahka­n orang lain walaupun ada kelemahan pada individu terbabit, sebaliknya melihat kelemahan yang ada pada diri,” katanya.

World #Quranhour perdana akan bermula jam 11.30 pagi hingga jam 1 petang di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) yang turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kesan daripada amalan surah al-hujurat juga akan membentuk akhlak yang bagus iaitu seseorang itu tidak mudah menghina atau merendahka­n orang lain walaupun terdapat kelemahan pada individu terbabit, sebaliknya melihat kelemahan yang ada pada diri” Hussamuddi­n Yaakub, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH ?? Hussamuddi­n menunjukka­n Buku Interaksi Dengan al-quran pada sidang media Program World #Quranhour di Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH Hussamuddi­n menunjukka­n Buku Interaksi Dengan al-quran pada sidang media Program World #Quranhour di Shah Alam, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia