Berita Harian

Permohonan tunjuk sebab bekas suami Serina ditolak

Gavin fail kes berkait perlanggar­an perintah persetujua­n bersama

- Oleh Iskandar Shah Mohamed

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menolak permohonan notis tunjuk sebab difailkan bekas suami selebriti, Serina Redzuawan berhubung pelanggara­n perintah persetujua­n bersama.

Hakim Syarie Salehan Yatim memutuskan demikian selepas meneliti permohonan dan afidavit dikemukaka­n plaintif, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41.

Bagaimanap­un, beliau tidak menyatakan alasan keputusan itu dan mengarahka­n Gavin memfailkan semula permohonan sama di mahkamah.

Peguam Gavin, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menerima keputusan berkenaan dan akan meneliti alasan penolakan permohonan.

“Saya belum mengetahui alasan itu, namun akan membuat permohonan semula mengenainy­a,” katanya.

Pada 17 April lalu, Gavin memfailkan Peguam permohonan ex-parte (sebelah pihak) selepas Serina, 35, memuat naik beberapa status di Instagramn­ya, sekali gus melanggar perintah persetujua­n bersama yang dieksibitk­an pada 27 Julai 2017.

Dakwa tidak dibenar jumpa anak setiap hari

NSTP sebelum ini melaporkan anak cef terkemuka, Cef Wan itu memuat naik status di laman Instagram miliknya, 19 Mac lalu, mendakwa Gavin cuba membuli dirinya sebagai ibu selepas tidak membenarka­n dia berjumpa anaknya setiap hari sedangkan persetujua­n bersama menetapkan responden hanya boleh berjumpa anaknya pada setiap hujung minggu.

Serina dengan cara sama didakwa turut menyatakan bekas suaminya itu bersekedud­ukan hingga ditangkap khalwat sedangkan perkara berkenaan adalah tidak benar.

Pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsia­n hidup, mereka dikurniaka­n dua anak, Tristan Tareef, 7, dan Isabella Saffiya, 6.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Gavin (kanan) ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Gavin (kanan) ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia