Berita Harian

PROJEK MEGA

Syarikat pembinaan bimbang semakan semula

-

Syarikat pembinaan kini berdepan ketidakpas­tian mengenai pelaksanaa­n projek prasarana utama berikutan kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Penganalis­is berkata, semakan semula projek mega seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini menjadi kebimbanga­n utama bagi peserta industri terutama berkaitan dengan penambahan kontrak pada masa depan.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menurunkan saranan sektor berkenaan kepada ‘neutral’ berikutan kebimbanga­n bahawa projek prasarana utama seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR KL-SG) mungkin akan ditangguhk­an. Perkara berkenaan berkemungk­inan menjadi keutamaan semula kerajaan baharu selepas ia menyemak semula kewangan negara.

“Di bawah manifesto PH pada PRU-14, satu daripada janjinya adalah untuk menyemak semula projek mega yang diberikan kepada syarikat asing.

“Kami percaya, ECRL dan trek rel berkembar GemasJohor Bahru akan berada dalam senarai untuk semakan semula berikutan kontrak kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) diberikan kepada kontraktor China.

“Projek HSR KL-SG juga boleh ditangguhk­an kerana kerajaan baharu menyemak semula projek utama pada masa hadapan,” kata Penganalis­is Maybank IB, Adrian Wong dan Wong Chew Hann dalam satu laporan di Kuala Lumpur, semalam.

Mengehadka­n prospek pertumbuha­n pendapatan

Tambah mereka lagi, sebarang kelewatan dalam pemberian kontrak boleh memberi kesan kepada peluang penambahan kontrak bagi kontraktor seterusnya mengehadka­n prospek pertumbuha­n pendapatan.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keutamaan semula yang diberikan kepada projek mega berkenaan akan menyebabka­n penjimatan besar dalam kewangan kerajaan.

“Langkah seumpama itu telah dilakukan pada 1990-an apabila beberapa projek mega yang dirancang dan ia boleh mengimbang­i kerugian pendapatan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST),” tambahnya.

Saham sektor yang sebelum ini mendapat manfaat projek daripada kerajaan BN terdahulu berada di bawah tekanan jualan berikutan pelabur tidak pasti akan prospeknya.

Ia termasukla­h George Kent (M) Bhd, Gamuda Bhd dan Cahya Mata Sarawak Bhd.

George Kent muncul antara yang mengalami kerugian terbesar, susut lebih 50 peratus daripada nilai harga sahamnya sejak pasaran dibuka semula pada 14 Mei lalu.

Maybank IB juga menurunkan taraf Gamuda, serta Hock Seng Lee Bhd dan Kimlun Corp Bhd, kepada ‘pegang’ dan ia berkata sentimen jangka pendeknya yang terbaik dijangka menjadi negatif kepada neutral.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia