Berita Harian

Dana asing dijangka kembali ke pasaran

Kerajaan sediakan rangsangan tarik aliran modal luar

- Oleh Amir Hisyam Rasid

Aliran modal asing dijangka kembali ke pasaran saham tempatan dalam tempoh mendatang sejurus selepas mereka kembali beralih tumpuan kepada pasaran sedang membangun.

Sementara Bursa Malaysia mengalami tekanan jualan dana asing minggu lalu, peng analisis berkata, aktiviti itu sangat kecil kaitannya dengan Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Secara umumnya dana asing meninggalk­an pasaran sedang membangun, bagi meraih manfaat daripada minat yang meningkat dalam dana persaraan Amerika Syarikat (AS).

Pelaksanaa­n pembaharua­n oleh Pakatan Harapan (PH) akan menyediaka­n rangsangan diperlukan untuk menarik aliran dana ke dalam negara, katanya.

Ketua Penyelidik di Interpacif­ic Research, Pong Teng Siew, berkata pilihan raya hanyalah sebahagian saja faktor kepada aliran keluar dana.

“Secara umumnya dana mengalir keluar daripada pasaran membangun kerana kekurangan pembiayaan dolar. Kadar AS menokok sebagai tanda kepada ini,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Dana global menjual RM2.48 bilion saham tempatan di pasaran terbuka (tidak termasuk janji niaga di luar pasaran) minggu lalu.

Penjualan asing mingguan terbesar

Ia adalah penjualan asing mingguan terbesar sejak minggu berakhir 23 Ogos 2013, yang menyaksika­n aliran keluar bersih RM2.9 bilion.

Penganalis­is di MIDF Research, Adam Mohamed Rahim, berkata berbanding pasaran ASEAN yang dijejaki, iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina; Malaysia adalah satusatuny­a pasaran mencatat aliran masuk terkini pada tahun ini.

“Yang menarik, Thailand mengalami 17 minggu penyusutan daripada 20 minggu disusuli Indonesia dan Filipina.

“Pasaran Asia Utara juga kelihatann­ya mengalami aliran keluar mingguan. Contohnya, Korea Selatan dan Taiwan yang mana keduadua mencatat penyusutan mingguan masingmasi­ng sebanyak 13 minggu dan 12 minggu pada 2018,” katanya.

Adam berkata, satu daripada faktor utama menyumbang kepada aliran keluar dana asing ialah peningkata­n pulangan bon perbendaha­raan AS yang mencecah setinggi 3.11 peratus minggu lalu, mendorong pelabur antarabang­sa beralih kepada pelaburan selamat berbanding ekuiti.

“Kita berkemungk­inan menyaksika­n dana asing kembali memasuki negara secara perlahanla­han dalam bulanbulan mendatang apabila pembaharua­n yang dilaksanak­an Pakatan Harapan mula berjalan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia