Berita Harian

FMC, BNM umum pengoperas­ian akaun sekuriti terasing

-

Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n pengoperas­ian akaun sekuriti terasing dalam sistem pembayaran bernilai tinggi menerusi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Tepat Masa (RENTAS).

Sistem yang dikendalik­an oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) itu adalah sebahagian daripada langkah berterusan untuk terus meningkatk­an pasaran bon Malaysia.

BNM berkata, akaun sekuriti yang diasingkan oleh RENTAS akan beroperasi menerusi dua fasa.

“Fasa pertama bermula pada hari ini (21 Mei 2018) sementara pematuhan penuh bagi fasa kedua pada 30 September ini bagi membolehka­n peralihan yang cekap dalam peraturan akaun terasing.

“Selepas 30 September, semua transaksi yang membabitka­n sekuriti hutang RENTAS hanya akan dipermudah melalui akaun sekuriti yang diasingkan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Penyelesai­an bon ringgit

Katanya, berikutan pasaran bon tempatan yang mendalam dan meluas, mudah tunai adalah mencukupi untuk terus memudahkan penyelesai­an bon ringgit dalam negeri.

BNM berkata, pelabur diberikan akses lebih besar kepada maklumat mengenai pasaran bon Malaysia, sekali gus memudahkan mereka membuat keputusan berdasarka­n maklumat yang diperoleh selain membolehka­n pengurusan risiko lebih baik.

“Maklumat seperti jenis pelabur dan aliran dalam pasaran bon kerajaan untuk kedua-dua pelabur bukan pemastauti­n dan pemastauti­n, akan disediakan di laman web ‚Bond Info Hub‘ secara lebih teratur dan tepat pada masanya,” katanya.

Pelabur boleh berunding dengan semua bank tempatan dan global, termasuk Depositori Sekuriti Pusat Antarabang­sa yang akan berada dalam akaun sekuriti RENTAS terasing.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubung­i Unit Operasi Sekuriti, BNM di 03-2698 2116/2094 (Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang, tidak termasuk cuti umum) atau e-mel sou@bnm.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia