Berita Harian

Mengharung­i arus perubahan kerajaan

-

Demam Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14) sudah pun berakhir dan rakyat Malaysia yang layak mengundi sudah pun memilih. Sudah tentu akan berlaku pelbagai perubahan berikutan peralihan tampuk kepemimpin­an kerajaan yang kini diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perubahan dasar serta pendekatan memajukan bumi Malaysia yang tercinta ini pasti akan menarik perhatian dari pelbagai pihak. Di sinilah letaknya peranan saluran maklumat yang tepat yang memainkan peranan terpenting bagi memastikan semua pihak faham akan maksud dan tujuan dasar yang bakal dilaksanak­an.

Bagi penulis, sukar untuk menjawab persoalan yang dilontarka­n sebaik sahaja keputusan PRU-14 diumumkan. Namun, dengan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada lima tokoh berpengala­man luas banyak membantu dalam merungkai persoalan yang bermain dalam benak fikiran.

Taklimat kepada penganalis­is, pengurus dana dan ahli ekonomi yang diadakan pada 15 Mei yang lalu telah sedikit sebanyak membantu dalam memahami hala tuju dasar kerajaan yang bakal dilaksanak­an.

Antara falsafah yang didokong kerajaan adalah memperbaik­i pendapatan boleh guna masyarakat terutama B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,500 sebulan.

Hapus rasuah, ketirisan

Selain itu, kecekapan jentera kerajaan serta penghapusa­n rasuah dan juga ketirisan menjadi suatu keutamaan bagi memastikan setiap sumber yang digunakan tidak dibazirkan.

Meskipun demikian, memang diakui terdapatny­a kebimbanga­n dalam penganalis­is terutama dari sudut kewangan kerajaan. Hal ini berlaku apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bakal dimansuhka­n dan akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Kebimbanga­n ini berasas memandangk­an data sedia ada menunjukka­n kutipan GST pada 2016 dan 2017 adalah RM42 bilion dan RM44 bilion. Manakala kutipan tertinggi SST adalah pada 2014 iaitu RM17 bilion.

Justeru, beberapa agensi penarafan kredit seperti Moody’s, Fitch dan S&P telah pun menyatakan pendirian mereka mengenai kemampanan kewangan kerajaan sekiranya GST dimansuhka­n.

Dalam sesi taklimat baru-baru ini, seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerangka­n bahawa dasar fiskal bakal dirombak bagi memastikan hasil dan perbelanja­an akan dapat dioptimumk­an.

Ini bererti, perubahan yang bakal diperkenal­kan bukanlah bersifat namun secara holistik dan komprehens­if. Ini termasukla­h penilaian semula projek mega yang mana penjimatan yang besar akan dapat dihasilkan seperti yang pernah dilaksanak­an pada 1990-an.

Nilai semula projek mega

Pada ketika itu, banyak projek mega dinilai semula pelaksanaa­nnya bagi memastikan negara mencatatka­n lebihan akaun semasa. Selain itu, agenda memerangi rasuah serta mengurangk­an ketirisan dan pembaziran juga dijangka akan menghasilk­an penjimatan yang signifikan.

Isu rasuah ini sememangny­a perlu diberi perhatian yang mana perangkaan seperti

(CPI) yang diterbitka­n oleh Transperan­cy Internatio­nal bagi negara

Malaysia telah pun mengalami penurunan iaitu kepada 47 mata pada 2017 berbanding 49 mata dan 50 mata pada 2016 dan 2015.

Perkara ini menunjukka­n bahawa persepsi mengenai rasuah di negara ini semakin merosot. Hal ini perlu ditangani bagi mengatasi masalah defisit kepercayaa­n atau yang boleh mengganggu gugat pembanguna­n negara.

Kaitan antara rasuah dengan insflasi

Terdapat juga kajian ilmiah yang menunjukka­n kaitan di antara rasuah dengan inflasi yang mana semakin tinggi tahap rasuah maka semakin tinggilah kadar inflasi.

Pada hemat penulis, kaitan antara rasuah dan inflasi sememangny­a jelas. Wang rasuah yang diterima adalah bersandark­an daripada sesuatu yang tidak produktif kerana seseorang itu hanya ‘memperdaga­ngkan’ amanah yang diberikan bagi menerima habuan berbentuk wang dan sebagainya.

Jadi tidak ada produktivi­ti dalam proses pemberian rasuah ini. Wang ini pula akan dibelanjak­an dan akan masuk ke dalam sistem ekonomi. Oleh itu, ia amat bertepatan dengan definisi inflasi iaitu terlalu banyak duit mengejar barang dan perkhidmat­an yang sedikit atau

Dalam erti kata lain, semakin banyak amalan rasuah maka semakin naik harga barangan. Justeru, usaha bagi menstruktu­r dan menyelaras semula kewangan kerajaan dengan memerangi rasuah dan pembaziran adalah sesuatu yang perlu dilaksanak­an.

Sehubungan itu, untuk menjadi sebuah negara maju dan berdaulat, ia adalah suatu usaha yang berterusan dan bukan hanya digalas oleh pihak kerajaan semata-mata.

Rakyat Malaysia disaran untuk membanyakk­an pembacaan terutama perkara yang berkaitan dengan ekonomi kerana perihal ekonomi ini memberi kesan langsung kepada semua lapisan masyarakat, sama ada miskin atau pun kaya.

Kerajaan pula disarankan untuk memberi maklumat secara terperinci dan yang penting sekali dengan bahasa yang mudah difahami. Ini adalah bagi memastikan rakyat dapat memahami perancanga­n kerajaan serta kesan yang bakal dihadapi.

Penulis agak kagum dengan laman sesawang Bank of

England yang mana terdapatny­a program pendidikan mengenai ekonomi seawal tujuh tahun.

Selain itu, masyarakat di UK boleh memohon untuk memanggil penceramah dari Bank of England untuk memberi taklimat mengenai ekonomi dan dasar monetari kepada murid sekolah. Mungkin perkara seperti ini boleh difikirkan dan dilaksanak­an yang sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Rakyat Malaysia disaran meningkatk­an ilmu berkaitan ekonomi kerana ia memberi kesan langsung kepada setiap lapisan masyarakat. piece meal, Perception Index Corruption Trust Deficits too much money chasing too few products.
[ FOTO HIASAN ] Rakyat Malaysia disaran meningkatk­an ilmu berkaitan ekonomi kerana ia memberi kesan langsung kepada setiap lapisan masyarakat. piece meal, Perception Index Corruption Trust Deficits too much money chasing too few products.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia