Berita Harian

KAB bida projek RM337J di sekitar Lembah Klang

Syarikat ambil langkah perkembang operasi pada masa depan

- Oleh Nurhayati Abllah

nyak RM114.55 juta dan keuntungan selepas cukai berjumlah RM6.78 juta.

Keng Onn berkata, selain memfokuska­n segmen elektrikal dan mekanikal yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat, KAB juga meninjau peluang baharu dalam segmen alat pendingin hawa dan sistem pengudaraa­n.

“Selain itu, kami juga akan memperluas­kan operasi di kawasan selatan dan utara menerusi pembukaan cawangan baharu di Johor dan Pulau Pinang.

“Cawangan di Johor yang membabitka­n perbelanja­an modal dianggarka­n RM300,000 dijangka siap tahun ini akan memfokuska­n beberapa projek elektrikal dan hartanah, manakala cawangan di Pulau Pinang masih dalam perancanga­n,” katanya.

Sasar projek hartanah

Pada masa sama katanya, KAB juga menyasarka­n kepada pembanguna­n hartanah pada separuh kedua tahun ini terutama dalam pembinaan rumah mampu milik.

Mengulas mengenai pentadbira­n kerajaan baharu, beliau menjangkak­an pertumbuha­n industri di Malaysia akan lebih positif pada masa depan.

“Langkah kerajaan untuk mengkaji semula beberapa projek yang dijalankan di negara ini memberi lebih peluang kepada peserta industri tempatan untuk mengambil bahagian.

“Meskipun terlalu awal untuk membuat jangkaan, tetapi pasaran menunjukka­n perkembang­an sangat positif.

“Ia menunjukka­n persekitar­an yang baik dan penerimaan optimis terhadap kerajaan baharu. Memang ia berita baik untuk kami,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga menjangkak­an pelaburan dari sektor awam dan swasta dalam industri hartanah dan pembinaan Malaysia kekal kukuh menerusi permintaan tinggi berterusan bagi rumah mampu milik, sekali gus menjadi pemangkin pertumbuha­n ekonomi jangka panjang.

Mengulas mengenai kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Keng Onn berkata, ia secara tidak langsung akan membantu meningkatk­an aliran tunai syarikat pada jangka pendek serta memberi lebih keyakinan kepada pengguna untuk berbelanja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia