Berita Harian

Star tutup operasi percetakan di Bayan Lepas

-

Star Media Group Bhd (SMG), pemilik akhbar bahasa Inggeris, The Star akan menamatkan operasi percetakan­nya di Bayan Lepas, Pulau Pinang berkuat kuasa September 2018.

SMG dalam kenyataann­ya berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha rasionalis­asi kos operasi kumpulan.

Keputusan itu juga adalah sebahagian daripada usaha transforma­si kumpulan terhadap digitalisa­si dan menjadikan SMG lebih tangkas dan berkesan.

Katanya, transforma­si itu akan membantu SMG memanfaatk­an peluang dalam ruang media.

SMG berkata, langkah berkenaan selaras dengan usaha untuk memusatkan kerjakerja percetakan akhbar berbahasa Inggeris itu di kemudahan yang terletak di Shah Alam.

Kurang kos operasi

“Langkah ini dijangka mengurangk­an kos operasi keseluruha­nnya dan kesannya, kirakira 100 pekerja di operasi percetakan Pulau Pinang dijangka diberhenti­kan,“katanya.

SMG berkata, bagaimanap­un, kumpulan tidak menjangkak­an sebarang kesan buruk yang signifikan terhadap pengedaran akhbarnya di wilayah utara akibat daripada langkah yang diambil ini.

Malah, ia juga tidak akan menjejaska­n penghantar­an akhbar ke wilayah utara, terutama Pulau Pinang.

“Edisi utara, dengan penekanann­ya pada berita Pulau Pinang, akan kekal.

“Kami akan terus memastikan tuntutan pembaca kami di Pulau Pinang dipenuhi,” katanya.

Minggu lalu, SMG mengumumka­n bahawa peningkata­n operasi dan langkah pengurusan kos yang berterusan menyaksika­n keuntungan sebelum cukai meningkat lebih tinggi sebanyak 173 peratus kepada RM17.59 juta bagi suku pertama 2018.

 ??  ?? Operasi percetakan The Star di Bayan Lepas dihenti September.
Operasi percetakan The Star di Bayan Lepas dihenti September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia