Berita Harian

Adissadiki­n dilantik Presiden AIBIM

-

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) melantik Datuk Adissadiki­n Ali sebagai presiden baharu bagi penggal 2018/2020, menggantik­an Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

AIBIM dalam satu kenyataan berkata, Adissadiki­n yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Bhd dilantik ke jawatan itu ketika Mesyuarat Agung Tahunan AIBIM kali ke23 pada 16 Mei lalu.

Pelantikan itu membolehka­n beliau mengetuai Majlis Tertinggi baharu AIBIM yang dianggotai oleh Affin Islamic Bank, Ambank Islamic, Bank Islam, Bank Mua malat, Bank Rakyat, CIMB Islamic Bank, HSBC Amanah, Maybank Islamic, MBSB Bank dan RHB Islamic Bank.

Hargai kepercayaa­n

Adissadiki­n ketika mengulas mengenai pelantikan­nya berkata, beliau teruja dan berterima kasih kepada ahli AIBIM atas kepercayaa­n sebagai presiden baharu.

Beliau berkata, akan meneruskan usaha membawa AIBIM ke peringkat yang lebih tinggi di dalam industri kewangan Islam dengan kerjasama erat antara ahlinya.

“AIBIM yang dianggotai 26 bank akan menganjurk­an Global Islamic Finance Forum 2018 (GIFF2018) pada 3 dan 4 Oktober ini dan akan memastikan segala perancanga­n untuk GIFF2018 dapat dilaksanak­an serta berusaha untuk menarik lebih ramai penyertaan.

“GIFF2018 adalah satu platform penting dalam mempromosi­kan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia terutama kepada delegasi luar negara,” katanya.

Sementara itu, Mohd Redza Shah pula berkata, kepimpinan baharu AIBIM diharap dapat bekerjasam­a sekali gus memacu perbankan dan kewangan Islam ke peringkat yang lebih baik.

 ??  ?? Adissadiki­n Ali
Adissadiki­n Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia