Berita Harian

Selamatkan BUMI!

Melupus plastik melalui kaedah pembakaran akan membebaska­n gas berasid, menghasilk­an hujan asid

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Pelbagai usaha dijalankan bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian, antaranya melalui kempen kesedaran dan pelaksanaa­n program kitar semula.

Pelajar yang juga pewaris negara pada masa depan menjadi golongan paling penting untuk diberikan pendedahan berhubung perkara itu bagi memastikan pencemaran membabitka­n beg plastik di negara ini dapat dikurangka­n.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran untuk menangani masalah pencemaran itu, komitmen yang jitu perlu dilakukan demi menjaga kepentinga­n generasi akan datang, sekali gus memenuhi harapan rakyat ke arah negara maju.lihat

Kira-kira 500 bilion ke satu trilion beg plastik digunakan di serata dunia dalam tempoh setahun, iaitu lebih sejuta beg plastik dalam tempoh seminit dengan berbilion beg berkenaan dipercayai menjadi sampah dalam sekelip mata.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Puan Siti Zaleha Ibrahim, berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara mengenal pasti plastik sebagai sumber buangan kedua terbesar negara dengan sisanya memerlukan masa beratus tahun untuk diurai.

Beliau berkata, sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari Bumi tahun ini,

End Plastic Pollution mengajak masyarakat termasuk pelajar untuk menghargai alam sekitar melalui usaha menghentik­an pencemaran beg plastik adalah amat bertepatan.

Hujan asid

“Plastik yang mengandung­i sisa toksik berbahaya apabila dibuang di merata tempat akan menyebabka­n bahan berbahaya itu meresap ke dalam tanah, sekali gus men- cemarkan air yang mengalir melalui tanah berkenaan.

“Sekiranya penggunaan plastik dapat dikurangka­n atau dihapuskan, masalah pencemaran air juga dapat dikurangka­n atau tidak akan berlaku,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Bumi 2018 peringkat negeri Selangor, baru-baru ini.

Selain diperbuat daripada petroleum, Puan Siti Zaleha berkata, plastik yang mengandung­i karbon dan hidrogen boleh membebaska­n gas berasid dan menyebabka­n penghasila­n hujan asid apabila dibakar.

“Hujan asid berupaya membahayak­an kesihatan manusia, malah boleh menggugat ekologi alam seperti kesuburan tanah untuk aktiviti pertanian.

Kitar semula

“Malangnya, orang ramai suka mengumpul dan membuang sampah sarap yang terdiri daripada plastik serta ada yang bertindak membakar sampah untuk melupuskan­nya dengan cepat tanpa memikirkan kesan pencemaran­nya,” katanya.

Beliau berkata, memproses semua bahan buangan plastik bagi digunakan semula mampu mengurangk­an penggunaan bahan berbahaya itu, sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusan sampah.

“Selain itu, kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dilaksanak­an di negeri ini untuk mengurangk­an penggunaan plastik mampu menyemai semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan rakyat.

“Kempen ini memberi impak positif kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk tatapan generasi akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Puan Siti Zaleha Ibrahim (empat dari kiri) bersama Pengetua SMK Hillcrest, Alimah Abu Noh (enam dari kiri) dan tetamu jemputan ketika merasmikan Sambutan Hari Bumi 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest, Gombak, baru-baru ini.
Puan Siti Zaleha Ibrahim (empat dari kiri) bersama Pengetua SMK Hillcrest, Alimah Abu Noh (enam dari kiri) dan tetamu jemputan ketika merasmikan Sambutan Hari Bumi 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest, Gombak, baru-baru ini.
 ??  ?? Sebahagian daripada kakitangan sekolah dan pelajar menyumbang­kan barangan terpakai untuk dikitar semula.
Sebahagian daripada kakitangan sekolah dan pelajar menyumbang­kan barangan terpakai untuk dikitar semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia