Berita Harian

PERSONALIT­I

Disiplin penting untuk berjaya dalam sukan seiring dengan hasrat sertai Sukan Olimpik 2024

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Yasmin Batrisyia azam sertai Sukan Olimpik 2024

l

Individu yang ingin berjaya dalam sukan perlu mempunyai disiplin yang tinggi, sekali gus berupaya mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Itulah prinsip yang dipegang personalit­i BH Minda minggu ini, Yasmin Batrisyia Zahiruddin, 14, yang mula menceburi sukan renang sejak berusia enam tahun.

Ikuti temu bual bersama dengan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam itu untuk mengetahui pembabitan­nya dalam sukan berkenaan.

Bagaimana anda boleh terbabit dalam sukan renang?

Saya mula terbabit dalam sukan renang ketika berusia enam tahun di Kuantan kerana mengikut ibu yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ketika itu, ibu bapa hanya mahu mendedahka­n saya kepada pengetahua­n asas renang supaya dapat dijadikan antara aktiviti mengisi masa lapang, selain mampu mengikuti keluarga melakukan aktiviti selam skuba di laut. Aktiviti yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka bertukar menjadi perkara yang wajib diikuti apabila jurulatih renang mengenal pasti bakat dan percaya saya boleh melangkah lebih jauh. Saya mula memenangi pingat ketika berusia lapan tahun pada pertanding­an peringkat

Selangor Age Group dengan meraih dua pingat emas dan tiga pingat perak. Kejayaan paling manis apabila saya memecahkan rekod yang telah berusia 10 tahun dalam acara 50 meter gaya kuak lentang pada pertandi-ngan National Age Group 2015.

Pendorong utama untuk saya bergiat dalam sukan renang sudah tentulah ibu bapa, keluarga, jurulatih dan rakan-rakan. Kini saya menjalani latihan di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE).

Apakah kelebihan melibatkan diri dalam sukan ini?

Bagi saya, individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Selain itu, sukan renang dapat melahirkan seseorang yang berstamina tinggi kerana dengan latihan yang kerap dapat menguatkan tulang dan otot serta menyihatka­n badan supaya sentiasa cergas dan cerdas. Sukan ini juga dapat melahirkan seseorang yang sentiasa berfikiran positif. Ini menjadikan mereka dapat berfikir secara rasional dan berkeyakin­an tinggi serta tidak cepat berputus asa sekiranya gagal ketika bertanding. Kegagalan akan mendorong seseorang lebih berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Siapakah idola anda dalam sukan renang?

Saya menjadikan bekas ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah, yang pantas berenang dan memenangi pelbagai anugerah pada peringkat kebangsaan serta antarabang­sa sebagai sumber inspirasi dalam sukan ini dan saya amat berharap dapat cemerlang seperti dirinya suatu hari nanti.

Bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dengan renang?

Sukan renang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi individu yang berdisipli­n dalam membahagik­an masa antara latihan renang dengan akademik. Walaupun sibuk dengan enam sesi latihan renang seminggu (setiap sesi me- ngambil masa dua jam atau dengan jarak renang sejauh lima kilometer) atau lapan sesi seminggu iaitu tempoh tiga bulan sebelum pertanding­an, saya masih dapat membahagik­an masa antara sukan dengan akademik. Waktu pagi adalah waktu persekolah­an, waktu petang adalah masa untuk mengulang kaji pelajaran, mengaji dan bermain piano manakala waktu malam adalah waktu latihan renang. Pada hujung minggu pula, jadual saya sangat padat dengan latihan renang pagi dan petang, mengikuti kelas piano dan latihan taekwondo. Setakat ini, saya dapat membahagi masa dengan baik dan mendapat tempat kelima dalam peperiksaa­n akhir tahun lalu. Ini menunjukka­n sekiranya kita tahu membahagik­an masa, kejayaan pasti akan menjadi milik kita. Pada waktu ini, saya memegang tali pinggang hitam taekwondo dan masih mengikuti kelas piano gred 4. Saya memegang prinsip ‘kejayaan pasti akan menyusul apabila tiba masanya, asalkan jangan berhenti berusaha’.

Apakah harapan anda pada masa akan datang?

Dengan moto,

saya berazam untuk menyertai South East Asia (SEA) Age Group Swimming Competitio­n, ASEAN School Games Swimming

Competitio­n, Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan SEA 2021 dan Sukan Olimpik 2024. Bagi akademik pula, saya berharap dapat menjadi seorang pakar bedah untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara. Saya juga berharap dapat memberi inspirasi kepada remaja yang berminat dengan sukan khususnya sukan renang supaya tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita dalam bidang sukan.

 ??  ??
 ??  ?? Yasmin Batrisyia ketika beraksi dalam acara renang kuak lentang. Yasmin Batrisyia Yasmin Batrisyia bersama idolanya, Nurul Huda. just put your head down, swim harder and faster,
Yasmin Batrisyia ketika beraksi dalam acara renang kuak lentang. Yasmin Batrisyia Yasmin Batrisyia bersama idolanya, Nurul Huda. just put your head down, swim harder and faster,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia