Berita Harian

Program di sekolah buka minda pelajar pelihara alam sekitar

-

Gombak: Masalah pencemaran alam sekitar tidak terhad kepada sesebuah negara sahaja dengan kesannya berupaya merosakkan bumi dan memberi implikasi kepada penduduk di pelbagai tempat.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hillcrest, di sini, Puan Alimah Abu Noh, berkata pelbagai aktiviti menjaga alam sekitar wajar dilaksanak­an di sekolah untuk menyampaik­an mesej penting kepada masyarakat, termasuk pelajar bagi bersama-sama menangani isu pencemaran, sekali gus mencintai alam sekitar yang bersih.

Katanya, setiap anggota masyarakat perlu bekerjasam­a dalam memastikan alam sekitar terjaga dan kehijauan bumi sentiasa terpelihar­a.

“Walaupun pembanguna­n perlu dijalankan demi kesejahter­aan rakyat, usaha itu hendaklah dilakukan dengan mengambil kira kesannya kepada alam sekitar,” katanya.

Buka minda

Selain itu, Puan Alimah menyeru kepada semua pihak, termasuk pelajar untuk menggunaka­n kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk mendapatka­n maklum balas dan input daripada semua pihak yang berkepenti­ngan bagi membantu kerajaan dalam melestarik­an alam sekitar.

“Sambutan Hari Bumi merupakan satu landasan terbaik untuk memperkasa­kan diri, keluarga dan masyarakat ke arah kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, pelajar SMK Hillcrest, Harith Syazwan Shaharil, berkata program yang dijalankan di sekolah membantu meningkatk­an pengetahua­n remaja mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar dan bumi.

Katanya, pembabitan pelajar dalam program seperti ceramah mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar dapat mengingatk­an mereka mengenai tanggung jawab memelihara bumi bagi meneruskan kehidupan masa depan.

“Kebanyakan remaja kurang mengambil peduli mengenai perihal menjaga alam sekitar, justeru, program sambutan Hari Bumi yang diadakan di sini dapat membuka minda kami untuk terus memelihara alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? Harith Syazwan Shaharil
Harith Syazwan Shaharil
 ??  ?? Puan Alimah Abu Noh
Puan Alimah Abu Noh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia