Berita Harian

Konsesi EDL boleh selesai akhir tahun: MRCB

Syarikat dalam perbincang­an cari formula adil, telus bagi pelupusan bayaran lebuh raya

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) tidak melihat sebarang impak signifikan daripada perubahan kerajaan terhadap projek dan aspek kewanganny­a, termasuk pembanguna­n ikonik projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR KL-SG).

Pengarah Eksekutifn­ya, Mohd Imran Mohamad Salim. berkata syarikat mempelbaga­ikan tawaran produk dan hasilnya menjadikan sebarang impak daripada polisi kerajaan tidak akan memberi kesan signifikan.

“Secara umumnya, prospek MRCB tidak begitu terjejas dengan perubahan kerajaan. Cara kami menjalanka­n perniagaan adalah dengan memberi tumpuan kepada Pembanguna­n Berteraska­n Transit (TOD) dan kami juga adalah pemaju urban.

Pelbagaika­n produk

“Skala pembanguna­n kami mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun. Kami juga mempunyai pelbagai jenis produk. Kami tidak hanya memberi tumpuan khusus kepada perumahan dan komersial,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunannya di Kuala Lumpur, semalam.

Imran berkata, sebarang impak kepada HSR KL-SG tidak akan digambarka­n dalam unjuran kewangan 2018.

Kira-kira 20 peratus daripada kontrak syarikat itu merangkumi projek kerajaan.

Sementara itu, menurutnya syarikat kini sedang dalam perbincang­an dengan kerajaan bagi pelupusan konsesi Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL).

“Kami sedang dalam rundingan untuk mendapatka­n formula yang adil dan telus bagi menyelesai­kan perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, syarikat akan bekerja dengan kerajaan untuk memuktamad­kan formula perjanjian yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kami berharap dapat menyelesai­kannya menjelang akhir tahun ini,” katanya.

 ?? [ FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM ] ?? Syarikat akan memuktamad­kan formula perjanjian berkaitan pelupusan tol di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL).
[ FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM ] Syarikat akan memuktamad­kan formula perjanjian berkaitan pelupusan tol di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL).
 ??  ?? Mohd Imran Mohamad Salim
Mohd Imran Mohamad Salim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia