Berita Harian

MVCA luas jangkauan ke peringkat serantau

Langkah tingkat perangkaia­n secara lebih agresif dalam negara ASEAN

- Oleh Suffian A Bakar

Pengerusin­ya yang baharu, Victor Chua Kok Hoe, berkata jika sebelum ini tumpuan lebih diberikan dalam mengembang­kan ekosistem tempatan, maju ke depan pihaknya akan meningkatk­an perangkaia­n secara lebih agresif dengan negara ASEAN.

Beliau berkata, antara usaha awal ialah penganjura­n Persidanga­n Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Asia Tenggara 2018 (SEAVCPE 2018) yang akan diadakan pada 31 Julai depan di Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia.

SEAVCPE 2018 katanya, akan lebih sarat dengan kandungan berhubung bagaimana untuk membangunk­an syarikat dan melabur di peringkat serantau.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual di Petaling Jaya, semalam.

Victor berkata, pihaknya turut menjemput penceramah dari negara serantau seperti Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia untuk bercakap berhubung kerjasama antara ekosistem tempatan dan pemain serantau.

Manfaat peluang

SEAVCPE 2018 yang memasuki tahun ke lima katanya, akan terus menyediaka­n 150 pemain industri kesedaran berhubung amalan terbaik industri dan cabaran semasa, memahami pelbagai impak, dan manfaat peluang dan menerokai alternatif terbaik industri VC dan SE serantau.

Bertemakan Pelaburan Serantau-wawasan Tempatan, SEAVCPE 2018 memberi penekanan mendalam pengalaman pelaburan tempatan bagi membolehka­n peserta meraih perspektif dan pengetahua­n lebih meluas berhubung pelaburan serantau dan idea pengembang­an, katanya.

MVCA ditubuhkan pada 1995 bertujuan mempromosi industri VC dan SE di Malaysia.

Ia menyokong dasar yang meningkatk­an lagi persekitar­an kondusif bagi aktiviti VC dan PE dan bertindak sebagai platform sah bagi ahli meluahkan pandangan.

Ia ketika ini mempunyai 32 ahli, antaranya Vynn Capital Sdn Bhd, CMS Opus Private Equity Sdn Bhd, Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd dan Cradle Seed Ventures (CSV).

Victor berkata, MVCA juga akan bekerjasam­a rapat dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan lain bagi menggalakk­an lebih banyak pembabitan sektor korporat dalam VC.

“Hanya 30 peratus dana datangnya daripada sektor swasta,” katanya.

SEAVCPE 2018 akan diadakan pada 31 Julai 2018 dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang di Dewan Persidanga­n 1 dan 2, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia