Berita Harian

Grab tingkat kaedah pembayaran tanpa tunai Grabpay

-

Grab menjalin kerjasama strategik dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) dalam memperting­kat kaedah pembayaran tanpa tunai melalui servis dompet mudah alih terbaru, Grabpay.

Pengarah Urusan Grabpay Singapura, Malaysia dan Filipina, Ooi Huey Tyng, berkata usaha sama itu menyaksika­n pengukuhan dalam pendekatan yang dilaksanak­an oleh Grab.

Beliau berkata, keseluruha­n industri perlu bersama dalam menuju ke arah ekonomi tanpa tunai dan menjadikan­nya satu realiti di Malaysia.

“Kami berbangga untuk bekerjasam­a dengan Maybank yang bukan saja berkongsi visi pembayaran tanpa tunai masa depan yang sama, malah mengiktira­f idea Grab untuk mengubahny­a menjadi realiti.

“Dengan Grabpay sebagai kaedah pembayaran utama di aplikasi Grab, ia turut membina ekosistem yang saling berkaitan sehingga menjadikan Grab sebagai aplikasi bagi kegunaan harian,“katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Inisiatif untuk memperkena­lkan Grabpay dilakukan apabila syarikat e-panggilan itu mendapat lesen wang elektronik daripada Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember 2017.

Selain itu, dengan jalinan kerjasama antara Grab dan Maybank, pengguna Grab boleh menggunaka­n aplikasi itu pada pedagang utama Maybank dan juga Grabpay.

Kemudahan digital

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata perkara berkenaan adalah sebahagian usaha berterusan dalam menyediaka­n pelanggann­ya dengan kemudahan digital bagi meningkatk­an pengalaman dan gaya hidup.

Katanya, pihaknya akan terus memperkena­lkan produk dan perkhidmat­an yang menawarkan nilai lebih baik melalui pendekatan teknologi dan memahami kehendak pelanggan.

“Pelanggan Maybank juga boleh menikmati pengalaman perkhidmat­an yang menyeluruh apabila membuat transaksi melalui Grabpay dan memperoleh ganjaran serta penjimatan lain,” katanya.

Dengan aplikasi Grab, pengguna bukan saja dapat mengakses servis pengangkut­an malah lain-lain perkhidmat­an yang memenuhi gaya hidup pengguna seperti tempahan makanan, bayaran pembelian barang dan pemindahan wang.

Selain itu, kerjasama dua pihak itu turut mempelbaga­ikan servis lain seperti pengguna boleh menambah nilai dompet mudah alih itu menerusi Maybank2u.

 ??  ?? Dari kiri, Pengarah Urusan Kanan Grabpay, Michael Foong, Abdul Farid, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Anthony Tan dan Huey Tyng pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama di Kuala Lumpur, semalam.
Dari kiri, Pengarah Urusan Kanan Grabpay, Michael Foong, Abdul Farid, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Anthony Tan dan Huey Tyng pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia