Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah meningkat semalam berikutan pasaran memberikan maklum balas kepada berita bahawa China dan Amerika Syarikat (AS) telah menagguhka­n perang dagangan antara dua negara ekonomi dunia itu.

Niaga hadapan Brent berada pada AS$79.06 satu tong, meningkat 55 sen, atau 0.7 peratus daripada penutup akhirnya.

Brent melepasi paras AS$80 buat pertama kalinya sejak November 2014 pada minggu lalu.

Niaga hadapan AS West Texas Intermedia­te (WTI) pula berada pada AS$71.71 satu tong, naik 43 sen, atau 0.6 peratus daripada penutup akhirnya.

Perang dagangan antara AS dengan China ditangguhk­an selepas kedua-dua negara berkenaan bersetuju untuk menurunkan ancaman tarif dan dalam masa yang sama mereka sedang berunding mengenai perjanjian dagangan yang lebih meluas, kata Setiausaha Perbendaha­raan AS, Steven Mnuchin, kelmarin.

Komen itu memberikan petunjuk meningkat terhadap pasaran global dalam dagangan awal pagi semalam.

Bank AS, Morgan Stanley berkata pertikaian dagangan sementara akan merosot menerusi rundingan.

“Kedua-dua pihak merancang untuk melaksanak­an pembelian agrikultur dan tenaga dan akan terus berunding mengenai dagangan pengeluara­n dan perkhidmat­an, pelaburan dua hala dan perlindung­an hartanah intelek dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Jumlah pelantar minyak AS yang menjadi petunjuk hasil di masa depan adalah sebanyak 844, Jumlah itu sama dengan minggu sebelumnya yang menjadi paras tertinggi sejak Mac 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia