Berita Harian

Dagangan bercampur-campur

Jualan sederhana sahamwajar­an tinggi pengaruhi prestasi bursa

-

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan semalam bercampur-campur berikutan jualan sederhana ke atas saham wajaran tinggi terpilih meskipun sentimen positif terhadap bursa serantau, kata peniaga.

Ketika ditutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.92 mata kepada 1,853.58 berbanding 1,854.50 pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 3.81 mata lebih tinggi kepada 1,858.31 dan bergerak antara 1,851.68 dan 1,864.94 sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata, pada peringkat global, Amerika Syarikat (AS) dan China telah menamatkan rundingan perdaganga­n dua hari mereka dengan perjanjian untuk tidak mengenakan tarif antara satu sama lain, mengelak keduadua negara daripada ambang perang perdaganga­n.

Setiausaha Perbendaha­raan AS, Steven Mnuchin berkata, keduadua ekonomi terbesar dunia itu telah mencatat ‘kemajuan yang bermakna’ dan AS telah bersetuju menangguhk­an cadangan untuk menaikkan tarif sehingga AS$150 bilion ke atas produk China sementara China akan ‘meningkatk­an dengan ketara’ pembelian barangan dan perkhidmat­an AS.

Di pasaran tempatan, peniaga berkata, kepulangan taikun Robert Kuok ke Malaysia untuk menghadiri pertemuan dengan anggota Majlis Penasihat Kerajaan dijangka meningkatk­an keyakinan terhadap pasaran saham tempatan.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.88, Public Bank untung 62 sen kepada RM25, Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM8.70, manakala TNB susut 26 sen kepada RM15.66 dan CIMB turun 20 sen kepada RM6.60.

Antara saham aktif, MYEG dan Hibiscus Petroleum masing-masing meningkat 5.5 sen kepada 98 sen dan RM1.01, Sapura Energy naik 1.5 sen kepada 77.5 sen dan GSB menambah 2.5 sen kepada 16 sen.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 493 berbanding 476, dengan 355 kaunter tidak berubah, 560 tidak diniaga dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 2.78 bilion unit bernilai RM3.05 bilion berbanding 2.91 bilion unit bernilai RM3.16 bilion pada Jumaat.

Indeks Emas FBM meningkat 17.08 mata kepada 12,880.30, FBM Ace turun 5.95 mata kepada 5,379.15 dan Indeks FBMT 100 naik 15.52 mata kepada 12,678.88.

Indeks Syariah Emas FBM naik 4.88 mata kepada 12,950.52 dan FBM 70 menambah 93.59 mata kepada 15,045.96.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan naik 43.50 mata kepada 18,371.79, Indeks Perindustr­ian meningkat 3.27 mata kepada 3,307.16 manakala Indeks Perladanga­n menokok 36.36 mata kepada 7,958.60.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.87 bilion saham bernilai RM2.88 bilion berbanding 1.96 bilion saham bernilai RM3.01 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran menambah kepada 572.07 juta unit bernilai RM124.60 juta berbanding 535.13 juta unit bernilai RM83.03 juta Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 337.31 juta saham bernilai RM49.33 juta berbanding 411.18 juta saham bernilai RM63.09 juta sebelumnya.

Produk pengguna menyumbang 67.22 juta saham yang diniaga di Pasaran Utama, produk industri (365.23 juta), pembinaan (192.54 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (848.82 juta), teknologi (51.20 juta), infrastruk­tur (38.88 juta), SPAC (4.47 juta), kewangan (58.25 juta), hotel (9.14 juta), hartanah (203.17 juta), perladanga­n (24.05 juta), perlombong­an (15,000), REIT (10.22 juta) dan tertutup/dana (103,000).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia