Berita Harian

China, AS tangguh tarif pacu pasaran Asia

-

pasaran saham di Asia dan Eropah meningkat semalam dan dolar juga melanjutka­n keuntungan selepas Amerika Syarikat (AS) dan China berkata mereka bersetuju untuk menangguhk­an pelaksanaa­n tarif.

Ia sekali gus memberi bayangan potensi berlakunya perang dagangan semakin berkuranga­n.

Selepas rundingan peringkat tertinggi di Washington, dua kuasa besar ekonomi itu mendedahka­n satu perjanjian telah dicapai, mengakhiri beberapa bulan ketegangan yang menjadikan pasaran kewangan turun naik.

Setiausaha Perbendaha­raan, Steven Mnuchin memberitah­u Fox News kelmari bahawa ‘kami kini sudah bersetuju untuk menangguhk­an tarif’ manakala Xinhua melaporkan Naib Presiden China, Liu He berkata “kedua pihak telah mencapai persetujua­n, tidak akan berlawan dengan perang dagangan dan akan berhenti mengenakan tarif kepada satu sama lain”.

Walaupun kekurangan maklumat lanjut, pengumuman berkenaan menyediaka­n kelegaan kepada pelabur yang bimbang pelaksanaa­n levi bernilai bilion dolar ke atas eksport antara dua negara itu.

“Kenyataan terbaru terhadap dagangan China dan AS mencadangk­an kedua-dua pihak gembira kerana dapat mengelakka­n ketegangan dan dalam masa yang sama bekerjasam­a menjadikan perjanjian dagangan dua hala lebih mesra pasaran,” kata Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Hong Kong meningkat 0.8 peratus dan Shanghai meningkat 0.6 peratus. Tokyo menokok 0.3 peratus berikutan yen yang lebih lemah membantu pengekspor­t Jepun.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pasaran saham Singapura menokok susulan prestasi positif saham serantau.
[ FOTO HIASAN ] Pasaran saham Singapura menokok susulan prestasi positif saham serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia