Berita Harian

MDKL kesan rumah diubah suai tanpa kebenaran

-

Banting: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) giat melaksanak­an operasi pemutihan terhadap rumah yang menjalani pengubahsu­aian tanpa kelulusan di kawasan pentadbira­nnya.

Operasi itu membabitka­n rumah yang dibina sejak 2007 hingga akhir tahun lalu, berikutan binaan tambahan bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah satu kesalahan.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid, berkata pemutihan itu tertumpu kepada binaan tambahan dan ubah suai rumah kediaman jenis teres dan binaan tambahan serta ubah suai tidak mengikut pelan bangunan.

“Jenis rumah teres yang terbabit adalah rumah teres jenis satu tingkat, satu setengah tingkat, dua tingkat, dua setengah tingkat dan tiga tingkat sahaja.

“Selain itu, operasi ini tidak membabitka­n bangunan tambahan di atas tanah kerajaan atau rizab jalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, rumah jenis bandar (townhouse), rumah kluster, berkembar, banglo dan rumah hak milik strata tidak akan terbabit dalam operasi pemutihan berkenaan.

Katanya, untuk pembinaan struktur tambahan dan ubah suai sebelum 31 Disember 2016 yang tidak mendapat kelulusan pelan bangunan oleh pihaknya, pemilik akan dikenakan syarat seperti dikecualik­an daripada pemutihan itu.

Nilai semula cukai taksiran

Bagaimanap­un, beliau berkata cukai taksiran akan dinilai semula berdasarka­n pengukuran baharu.

“Operasi ini akan dilaksanak­an sehingga 30 Jun 2020,” katanya.

Beliau juga meminta pemilik rumah yang terbabit supaya segera hadir ke Jabatan Kawalan Bangunan, MDKL atau boleh menghubung­i talian 03-32872825/03-31872732 bagi mendapatka­n keterangan dan maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia