Berita Harian

Kuih Kerbau Guling jadi pilihan berbuka puasa

50 dulang habis dijual setiap hari sejak viral di media sosial

- Oleh Syaherah Mustafa

Kuih Kerbau Guling bukan sahaja memiliki nama yang unik malah rasanya juga enak, sekali gus mendapat permintaan tinggi daripada kalangan penduduk tempatan di sini setiap kali Ramadan.

Kuih yang berasal dari Thailand itu juga dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur yang lembut dan dimakan bersama kelapa parut.

Resipi keluarga

Wan Suriana Wan Ali, 35, adalah antara penjual kuih Kerbau Guling terkenal di pekan ini, kerana ayahnya adalah individu yang memperkena­lkan kuih terbabit dengan resipi sendiri 31 tahun lalu.

Dia yang juga anak ketiga daripada enam adik-beradik, masih meneruskan legasi keluarga dengan menjual lebih 25 jenis kuih setiap kali Ramadan dengan menu utamanya, Kerbau Guling.

“Sebenarnya nama kuih ini baru sahaja dipanggil Kerbau Guling dalam kalangan penduduk Kelantan, sebelum ini ia lebih dikenali dengan Kuih Hitam.

“Ia dipanggil begitu kerana kuih ini digolekkan di dalam kelapa parut seperti kerbau yang berendam.

“Kemudian ia dimasukkan ke dalam laman sosial menyebabka­n netizen memanggiln­ya kuih Kerbau Guling.

“Sejak ia disebarkan, gerai kuih kami menerima pelanggan lebih ramai daripada biasa, terutama ketika Ramadan.

“Harganya pula bermula daripada RM2,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini.

Wan Suriana berkata, pada hari biasa dia hanya menjual 10 dulang kuih terbabit, namun ia berlipat kali ganda ketika Ramadan iaitu lebih 50 dulang sehari kerana permintaan tinggi.

Pelanggan tempatan, luar

Katanya, pelanggan yang datang membeli bukan sahaja penduduk tempatan, malah dari Kota Bharu, Machang dan Gua Musang yang sanggup ke gerainya semata-mata untuk mendapatka­n Kerbau Guling.

“Selain itu, pelanggan luar Kelantan pun ada, yang kebetulan melalui jalan ini atau anak perantau yang bekerja di luar.

“Mereka kebanyakan­nya mengetahui mengenai kuih ini melalui laman sosial yang dimuat naik oleh pelanggan kami di Facebook dan Instagram.

“Kuih ini menjadi pilihan ramai kerana tekstur yang begitu lembut dengan rasa yang sedap.

“Kami menggunaka­n resipi asal yang dicipta oleh ayah.

“Ramai yang datang ke gerai, malah sanggup ke rumah untuk mendapatka­n resipi, kami sedia berkongsi asas membuat kuih ini namun tidak secara terperinci kerana menghormat­i kerja keras ayah sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] ?? Wan Suriana melayan pelanggan yang membeli kuih Kerbau Guling di gerainya di Rantau Panjang, semalam.
[FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] Wan Suriana melayan pelanggan yang membeli kuih Kerbau Guling di gerainya di Rantau Panjang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia