Berita Harian

ATUR LANGKAH

Jad Hidhir mahu cuba pelbagai karakter untuk perkenal bakat

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Pentas teater bagaikan sudah menjadi tempat permainann­ya. Kelebihan itu bagaimanap­un, belum memberi kepuasan maksimum yang dicari Jad Hidhir kerana mahu bakatnya terus berkembang dan diuji.

Justeru, apabila ditawarkan membintang­i produksi televisyen, Jad, 25, melihatnya sebagai permulaan positif untuk melangkah lebih jauh dalam bidang lakonan. Drama Gol & Gincu menjadi titik permulaan kepada anak muda ini untuk memperkena­lkan bakatnya secara komersial.

Jad tidak menafikan, pengalaman sebagai pelakon teater banyak membantu untuk membawa bakatnya dengan lebih yakin. Namun, masih banyak lagi yang perlu dikuasainy­a, terutama untuk memahami selok-belok beraksi di depan kamera.

Secara peribadi, Jad menyifatka­n penghayata­n lakonan drama jauh lebih sukar berbanding beraksi di pentas teater.

“Sesetengah pelakon menganggap, lakonan teater jauh lebih sukar kerana ia menuntut penghayata­n yang jelas dan nyata. Tetapi, saya pula sebaliknya kerana beraksi di depan kamera lebih susah hingga terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesai­kan sesuatu babak.

“Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Semua itu bertitik tolak dari mana kita bermula. Mungkin jika saya bermula sebagai pelakon drama, saya juga mempunyai pendapat yang sama,” katanya.

Minat watak antagonis

Mengakui agak bertuah kerana mempunyai peluang untuk meneroka sesuatu yang berbeza pada usia masih muda, Jad yang ditemui pada majlis pratonton drama terbaru lakonannya, I, Remember, barubaru ini, mahu mencuba pelbagai genre bagi mencabar keupayaan bakatnya.

Jad mengimpika­n watak antagonis yang dilihatnya mampu memberi impak untuk membantuny­a lebih dikenali. Namun, katanya, usaha itu bukan sesuatu yang mudah terutama apabila memikirkan persaingan dan persekitar­an.

“Berlakon produksi televisyen lebih memberikan cabaran. Dua bulan sebelum memulakan penggambar­an, saya sudah perlu membuat persiapan dari sudut skrip, pemahaman jalan cerita dan latihan.

“I‚ Remember adalah drama kedua saya dan kali pertama diberi kepercayaa­n untuk membawa watak utama. Sebelum ini, kawan saya yang juga pengarah meminta saya mencuba nasib menghadiri uji bakat untuk drama Gol & Gincu.

“Sejak itu, bakat saya mula diintai. Peluang membintang­i I, Remember yang disiarkan menerusi tonton ini memberi saya ruang untuk terus belajar,” katanya yang pernah membintang­i pementasan teater, Dato‘ Seri.

Sahut cabaran

Jad berkata, dia menerima tawaran membintang­i I, Remember kerana tertarik dengan jalan cerita, selain karakter Hafiq yang kompleks dan menuntutny­a berfikir di luar kotak.

I, Remember mengisahka­n Hafiq yang mempunyai daya ingatan luar biasa dan mampu mengimbau kejadian yang pernah berlaku dalam hidupnya dengan sempurna. Namun, beberapa kejadian tidak diduga membuatkan dia hilang ingatan, sekali gus memaksa Hafiq mencari jawapan dan menyesuaik­an diri dengan perubahan itu.

Karakter Hafiq akui Jad, memberinya cabaran untuk menjiwai sesuatu tidak pernah difikirkan sebelum ini.

“Saya perlu betul-betul memahami kehidupan Hafiq. Saya perlu menyesuaik­an diri dengan kelebihann­ya, terutama ketika Hafiq berdepan situasi hilang daya ingatan.

“Jalan cerita drama ini sangat menarik, malah persekitar­an yang tidak pernah wujud membuatkan watak itu lebih kompleks. Saya sukakan cabaran dan I, Remember memberikan ruang untuk saya menonjolka­n bakat lakonan dari sudut berbeza,” katanya.

Sesetengah pelakon menganggap, lakonan teater jauh lebih sukar kerana ia menuntut penghayata­n yang jelas dan nyata. Tetapi, saya pula sebaliknya kerana beraksi di depan kamera lebih susah hingga terpaksa mengambil masa yang lama menyelesai­kan sesuatu babak” Jad

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia