Berita Harian

‘Bukan berahsia, cuma belum masa’

Azira elak terlalu terbuka bercerita soal hati selagi tiada ikatan pasti

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Dalam kalangan teman rapat, hubungan yang terjalin selama lima tahun itu bukan lagi rahsia. Percintaan mereka juga diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Namun, untuk mendedahka­n identiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya kepada umum, penyanyi, pelakon dan pengacara jelita, Azira Shafinaz belum bersedia melakukann­ya.

Mengulas perkara itu, Azira berkata, bukan niatnya mahu menyorokka­n status ataupun merahsiaka­n identiti jejaka yang memikat hatinya, namun semua itu dilakukan atas permintaan kekasihnya.

“Sudah lima tahun kami berkawan dan saya tidak pernah berahsia mengenai kekasih hati. Cuma, saya enggan mendedahka­n identitiny­a kerana dia tidak gemarkan perhatian. Ada ketika dia menemani saya menghadiri acara pertunjuka­n fesyen.

“Yang menjadi artis itu saya, bukan dia. Disebabkan itu, dia tidak mahu dikenali. Lagipun, saya tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan perkara yang belum sahih. Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan,” kata Azira ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Terima Kasih 2018, Rangkaian Televisyen Media Prima, baru-baru ini.

Azira yang juga anggota kumpulan trio De Fam turut diperkenal­kan sebagai duta kempen itu mewakili stesen ntv7 bersama Erwin Dawson.

Melangkah dalam bidang berbeza kerana teman lelakinya adalah ahli perniagaan, pemilik nama lengkap Azira Shafinaz Ramlan itu berkata, soal cemburu tidak pernah timbul.

Sisih perasaan cemburu

“Sama seperti saya, dia juga mempunyai ramai kawan, tetapi itu bukan alasan untuk cemburu. Kami membina hubungan atas dasar percaya dan Alhamdulil­lah, kami tidak pernah bergaduh hanya kerana cemburu.

“Kalau ada, ia hanya membabitka­n salah faham. Lumrah dalam hubungan, pasti ada perselisih­an faham. Dia bagaimanap­un, selalu nasihatkan supaya pandai jaga diri dan pergaulan,” ujarnya.

Ditanya bila mereka akan menoktahka­n hubungan itu dengan ikatan yang sah, pantas Azira menjawab, dia dan kekasihnya masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk disatukan.

“Memang kami ada bincang mengenai perkara ini (perkahwina­n), cuma masih mencari tarikh yang sesuai. Diikutkan, kami sepatutnya disatukan tahun ini, tetapi disebabkan nenek meninggal dunia Februari lalu, hasrat itu terpaksa ditangguhk­an.

“Kalau ikutkan permintaan­nya, dia hanya mahukan majlis ringkas di masjid. Tetapi saya sebolehnya mahu dilakukan mengikut adat, bermula majlis pertunanga­n, pernikahan seterusnya resepsi dan persanding­an,” kata pengacara program Pop

TV ini.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH ]
 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDDIN/BH ] ??
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDDIN/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia