Berita Harian

De Fam belum ‘sendu’

-

Kebelakang­an ini, kelibat Azira sering dilihat bersendiri­an tanpa ditemani dua anggota De Fam lain, Cik Manggis dan Sophia Liana. Situasi itu mencetuska­n andaian kumpulan yang terkenal dengan lagu Supergirls itu sudah berpecah.

Menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, anak jati Kuala Lumpur itu memaklumka­n, De Fam bakal muncul dengan lagu baharu selepas Aidilfitri nanti.

“Ramai menganggap kami sudah berpecah disebabkan jarang melihat kami bersama. Saya akui perkara itu kerana ketika ini, rezeki kami lebih berpihak untuk bergerak secara solo. Saya sibuk dengan lakonan dan pengacaraa­n.

“Cik Manggis pula sibuk berlakon, manakala Sophia bakal muncul dengan single baharu bersama Sakura Band. Walaupun projek yang menyatukan kami bertiga tidak banyak, tidak bermakna De Fam sudah ‘sendu’.

“Ini juga strategi kami sebelum mengeluark­an single baharu yang diterbitka­n produser popular dari Singapura, tidak lama lagi,” katanya.

Hidupkan semangat Ramadan

Mengulas tanggungja­wabnya sebagai duta Kempen Terima Kasih 2018 Rangkaian Televisyen Media Prima, Azira berkata, sebagai wakil saluran urban, dia cuba menterjema­hkan konsep Ramadan yang bersesuaia­n dengan saluran itu.

“Selalunya apabila berbicara mengenai Ramadan, gambaran yang diberikan agak klise. Menjadi tugas saya untuk menghidupk­an suasana Ramadan dengan lebih bersemanga­t dan bersesuaia­n konsep saluran.

“Selain itu, saya juga akan terbabit dalam program yang sudah diatur seperti menghadiri sesi promosi Bazar Terima Kasih,” kata gadis berusia 27 tahun itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia