Berita Harian

Platform wanita Malaysia tinggal di Paris berniaga

Program anjuran Perwakilan dihidupkan semula sejak dua tahun lalu

- Oleh Hidayah Mohammad

Bazar Makanan Malaysia anjuran Persatuan Wanita Kementeria­n Luar (Perwakilan) di Paris yang dihidupkan semula sejak dua tahun lalu menjadi platform wanita memulakan perniagaan kecil-kecilan di negara itu.

Presidenny­a, Lilis Surianty Mior Aziz, berkata selepas sembilan tahun program itu dihentikan, ia dianjurkan semula dua tahun lalu.

Beliau yang juga isteri Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Paris, Mohamad Razdan Jamil, berkata bazar itu adalah saluran terbaik membantu wanita yang menetap di Paris memulakan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang penyediaan makanan.

Katanya, pihak berkuasa Perancis memberi kebenaran berniaga sekiranya mereka mengambil sijil kulinari untuk memenuhi syarat kebersihan dan mengelak keracunan makanan.

Rakyat Malaysia sama ada bekerja atau melanjutka­n pelajaran di Paris boleh mengambil peluang ini untuk berniaga.

Dapat perhatian penduduk, pelancong

“Kita ada 10 khemah dan kelengkapa­n berkaitan untuk memudahkan berniaga. Bazar terbaru diadakan April lalu turut dijayakan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis dan Persatuan Rakyat Malaysia di Perancis (MAF).

“Atas sokongan semua pihak dan sambutan wakil kedutaan daripada beberapa negara ASEAN, kita berjaya menghimpun­kan lebih 1,000 pengunjung menerusi dua sesi jualan di Rumah Malaysia, terletak di Bis Rue Benouville,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Lilis Surianty berkata, Bazar Makanan Malaysia antara program yang menarik dan mendapat perhatian dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.

Katanya, program itu juga menjadi platform terbaik dalam usaha memperkena­lkan negara di mata dunia.

Selain mempromosi makanan, aktiviti lain membabitka­n persembaha­n seni dan permainan tradisiona­l turut diadakan bagi menyerlahk­an keunikan Malaysia.

Katanya, menerusi program sebegini juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m rakyat yang berada di perantauan.

Justeru, beliau mengambil inisiatif menghidupk­an aktiviti berkaitan dengan kerjasama rakyat Malaysia yang menetap di Perancis.

Perkenal lokasi istimewa

“Sepanjang tempoh dua tahun, Perwakilan sudah menganjurk­an 24 program berkaitan dengan pelbagai pengisian meliputi kemahiran keusahawan­an, pertolonga­n cemas, aktiviti santai dan berkhemah.

“Kita juga mengadakan program keagamaan dan motivasi bagi meningkatk­an keyakinan diri. Aktiviti ini mendapat sambutan penduduk tempatan, selain isteri pegawai diplomatik dari beberapa negara yang bertugas di Paris,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dengan kerjasama Persatuan Bienvenue Perancis memperkena­lkan lokasi istimewa destinasi pelan- congan dan permainan tradisiona­l antara kedua-dua negara.

“Kita pernah mengadakan Sape Event yang sebelum ini dijayakan Kementeria­n Pelanconga­n menerusi kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) membabitka­n ahli diplomatik Persatuan Bienvenue Perancis.

“Menerusi aktiviti itu kita mengadakan persembaha­n muzik etnik yang disertai Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,” katanya.

Belajar bahasa Perancis

Dalam perkembang­an lain, beliau yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines, berkata ramai rakyat Malaysia mengambil peluang belajar bahasa Perancis.

Dengan adanya kemahiran berkenaan memudahkan mereka berkomunik­asi dengan penduduk di negara itu yang lebih selesa bertutur bahasa ibunda.

“Penduduk sini jarang bertutur dalam bahasa Inggeris, berbeza di Malaysia, kita sedia terima orang luar walaupun berlainan bahasa,” katanya yang menjelaska­n antara 2,500 hingga 3,000 orang rakyat Malaysia berdaftar di Kedutaan Malaysia di Perancis, selain 700 pelajar Malaysia di negara itu.

Atas sokongan semua pihak dan sambutan wakil kedutaan daripada beberapa negara ASEAN, kita berjaya menghimpun­kan lebih 1,000 pengunjung menerusi dua sesi jualan” Lilis Surianty Mior Aziz, Presiden

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bazar makanan Malaysia yang dianjurkan Perwakilan Malaysia di Paris mendapat sambutan menggalakk­an komuniti di sana.
Bazar makanan Malaysia yang dianjurkan Perwakilan Malaysia di Paris mendapat sambutan menggalakk­an komuniti di sana.
 ??  ?? Lilis Surianty berusaha mengeratka­n silaturahi­m rakyat Malaysia di perantauan.
Lilis Surianty berusaha mengeratka­n silaturahi­m rakyat Malaysia di perantauan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia