Berita Harian

Perjuangan wanita perlu ikut landasan

Elak terpengaru­h gerakan feminisme Barat bawa agenda berbaur provokasi, rosak akidah

- Oleh Latifah Arifin

Kerangka perjuangan wa nita di dunia Islam perlu bergerak di atas landasan betul, iaitu memperjuan­gkan nilai Islam berpanduka­n alQuran dan sunah.

Ia juga perlu membabitka­n pandangan ulama dan sarjana selari dengan konteks masa, keadaan serta budaya setempat.

Ini kerana gerakan feminism Barat membawakan agenda berbaur provokasi dalam melaungkan pembebasan wanita, antaranya mengangkat isu sistem patriarki, kekeluarga­an dan lesbianism­e.

Situasi itu amat bahaya jika terus menghimpit pemikiran umat Islam kerana dibimbangi wanita Muslim mula meniru gaya hidup model wanita Barat, bahkan secara terang-terangan mempersoal­kan syariat Islam kerana menganggap­nya terlalu memenangka­n golongan lelaki.

Hal itu dikupas Pensyarah Ka Akidah dan Keama nan Global, Fakulti Pengajian Is

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Indriaty Ismail yang melihat konteks feminisme perlu digarap dengan metodologi yang betul seperti dakwah Rasulullah SAW yang sentiasa memelihara maruah dan mengangkat darjat wanita.

Bezakan antara nilai Islam dengan budaya

Menurutnya, jika feminisme yang berpaksika­n jalan Islam dijadikan panduan, tidak akan berlakunya pertikaian dalam kalangan wanita terutama isu lapuk penafian hak dalam undang-undang keluarga Islam, pembahagia­n harta pusaka dan ekualiti dalam soal kepimpinan.

“Masalah yang kita hadapi sekarang adalah ada kalangan wanita menjurus kepada pemikiran feminisme liberal yang menganggap Islam menindas hak mereka, sedangkan undang-undang Islam sentiasa memelihara wanita.

“Oleh itu, lelaki diangkat sebagai ketua keluarga dan berperanan untuk memimpin mereka, malangnya perkara ini disalahtaf­sirkan sehingga ada beranggapa­n Islam memenangka­n jantina lelaki dalam segenap hal.

“Apa perlu difahami ialah masyarakat perlu membezakan antara nilai Islam dengan budaya, kebanyakan praktik atau amalan dalam kalangan umat Islam yang sebenarnya dikritik, bukan nilai dibawa agama,” katanya pada Persidanga­n Meja Bulat Panel Pemikir Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) di Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketengah kerangka Islam

Mengupas lebih lanjut katanya, wanita dengan mentaliti liberal kebanyakan­nya beranggapa­n Islam menyekat kebebasan mereka sehingga terlupa larangan yang diperintah­kan mempunyai tujuan luhur, iaitu adalah tanda Allah SWT menyayangi dan sentiasa memelihara daripada perkara maksiat.

Indriaty melihat konteks feminisme Islam itu perlu menyeluruh dengan turut me pandangan ulama, khususnya bagi melakukan analisis hukum dalam Islam.

“Kitab tafsir al-quran dan kitab hadis sudah dihasilkan oleh ulama Islam dengan tujuan dijadikan rujukan bagi umat Islam.

“Bagaimanap­un, sumbangan khazanah ilmu Islam yang banyak dihasilkan sarjana lelaki kurang diminati golongan feminisme Islam kerana dikatakan akan melahirkan bidang ilmu berpihak kepada lelaki dan meminggirk­an wanita,” katanya.

Melihat kepada kecenderun­gan itu, golongan feminisme Islam perlu dibawa untuk memahami kerangka landasan betul terutama tidak berpegang kepada tafsiran berbentuk hermenueti­k sehingga semua perkara diterima dengan mudah.

Jangan pandang remeh isu fenimisme

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam, Dr Wan Fariza Alyati Wan Zakaria yang membincang­kan hak asasi wanita dalam wacana feminisme kontempora­ri berkata, walaupun ada melihat hujah feminisme liberal sebagai lemah, ia tidak patut dipandang remeh kerana boleh menyesatka­n umat Islam.

“Tanggung jawab memperbetu­lkan fahaman liberal dibawa golongan feminisme Barat perlu diperbetul­kan kerana ia membabitka­n pemahaman masyarakat Muslim dan dibimbangi mengeliruk­an sebahagian kita dalam melihat kebenaran.

“Tindakan diambil perlu bersifat proaktif dan bersepadu bukan sekadar reaksi, tetapi mengajak wanita Islam melihat perjuangan hak wanita tidak terlalu jumud, iaitu perlu bincang dalam konteks fenimisme saja,” katanya.

Beliau melihat serangan aliran fenimisme liberal yang terlalu meluas di media sosial antara perlu diberi penekanan dan ditangkis segera.

Selain melakukan penyelidik­an, dakwah juga perlu berlangsun­g dengan cara bersemuka bagi menjelaska­n terutama mereka berfikiran ke arah fenimisme Barat sehingga ke akar umbi, manakala keperluan semasa adalah menyelamat­kan golongan anak muda yang mudah tersasar daripada jalan kebenaran.

Pisah agama dengan cara hidup bebas

Tambah Wan Fariza Alyati, hak asasi wanita dalam wacana feminisme memerlukan hala tuju konkrit kerana ramai wanita Islam mudah terikut-ikut dan terjebak dengan pemikiran pemisahan antara agama dengan cara hidup masing-masing.

“Dalam satu program yang saya laksanakan baru-baru ini bagi mentarbiah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT), saya dapati luaran mereka sangat Muslimah seperti bertudung labuh dan mengenakan stoking tangan bahkan ada mengenakan purdah.

“Bayangkan, kita tidak me nyangka sama sekali mereka yang dianggap sempurna Islamnya, bahkan cukup sempurna melakukan ibadat termasuk solat dan puasa seperti Muslim lain, turut terjebak sama.

“Kebanyakan­nya golongan muda yang melihat tidak mengapa untuk menjadi gay atau lesbian dan pada masa sama, masih kekal mengamalka­n Islam,” katanya.

Justeru, beliau melihat penyakit sosial itu perlu dirawat dengan cara, kaedah dan teknik yang strategik supaya tidak terus menular sehingga merosakkan akidah lebih ramai umat Islam.

 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH ] ?? Persidanga­n Meja Bulat PISWI Siri 1/2018 Pemahaman Isu Semasa Liberalism­e dan Fenimisme Dalam Kalangan Wanita Islam di ISTAC, baru-baru ini.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH ] Persidanga­n Meja Bulat PISWI Siri 1/2018 Pemahaman Isu Semasa Liberalism­e dan Fenimisme Dalam Kalangan Wanita Islam di ISTAC, baru-baru ini.
 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Perjuangan wanita Islam perlu bergerak di atas landasan yajg berpanduka­n al-quran dan sunah.
[ FOTO HIASAN ] Perjuangan wanita Islam perlu bergerak di atas landasan yajg berpanduka­n al-quran dan sunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia