Berita Harian

Cerita jenaka tekankan adab

Mampu didik, asuh jiwa kanak-kanak dan remaja

- Oleh Hafizah Iszahanid

Dalam perkembang­an sastera dunia, cerita jenaka antara genre sastera yang punya tempat tersendiri sehingga tidak hairanlah ia lahir di seluruh pelusuk dunia dan dalam tradisi pelbagai bangsa.

Dalam sastera Melayu, kisah sastera Asia Barat misalnya mengenai Abu Nawas bukan asing malah mungkin juga ada yang mengenali watak Khoja Nasaruddin yang muncul dalam sastera Turki.

Perihal cerita jenaka Melayu ini dikupas oleh tiga ahli panel dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu Prof Madya Dr Arba’ie Sujud, Dr Roslina Abu Bakar dan Siti Fatimah Mamat.

Menariknya kupasan yang dibuat sempena Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja Ke-7 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, menyentuh ‘Cerita Jenaka Melayu Sebagai Penerapan Adab Terhadap Kanak-kanak”.

Selain watak Pak Pandir dan Lebai Malang, sastera Melayu sebenarnya kaya dengan cerita jenaka seperti Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir serta Pak Belalang.

Fokus pendekatan adab Cerita lain ialah Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas.

Namun Siti Fatimah ketika membentang­kan kertas kerja berkenaan berkata, kajian mereka hanya memfokuska­n Hikayat Musang Berjanggut berdasarka­n pendekatan adab dipetik daripada kerangka pemikiran tokoh intelektua­l, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-attas.

“Ia menekankan antara lainnya faham agama, ilmu, budaya, bahasa, sastera, seni, akal dan akhlak dan amalan akhlakiah.

“Kanak-kanak menjadikan bahan bacaan bukan hanya untuk belajar sesuatu tetapi untuk menghiburk­an diri.

“Jika cerita itu positif, ia mampu mendidik dan mengasuh jiwa mereka dan kalau ia negatif boleh dijadikan pengajaran,” katanya.

Berdasarka­n Hikayat Musang Berjanggut katanya, mempunyai banyak elemen adab yang dapat diterapkan dalam jiwa kanakkanak. Antaranya adab terhadap Allah SWT, ibu bapa dan dalam hubungan sosial. “Kisahnya mudah, iaitu mengenai watak utamanya Kamalul Arifin yang keluar mengembara untuk mencari isteri yang bercirikan ‘perempuan bukan betina’ seperti yang dikatakan oleh watak berkenaan kepada ayahandany­a.

“Namun sepanjang pengembara­annya itu, Kamalul Arifin tidak meninggalk­an solat dan beradab meskipun berada dalam kalangan orang yang tidak dikenalnya,” katanya.

Pupuk nilai baik

Dalam kalangan kanakkanak tegas beliau, elemen adab penting kerana ia mampu menumbuhka­n nilai yang baik, sekali gus membentuk nilai peribadi mereka.

Walaupun ia hanya cerita jenaka mengenai perjalanan mencari isteri, elemen adab yang dibawa naskhah ini memperliha­tkan cerita jenaka Melayu bukanlah cerita yang kosong tanpa nilai yang baik.

“Melalui penerapan adab dalam kalangan kanak-kanak berdasarka­n cerita jenaka Melayu ia sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan nilai baik dalam diri kanak-kanak.

“Antaranya nilai kasih sayang, hormat menghormat­i, tolak-ansur dan berhemah,” katanya.

Tegas Siti Fatimah, hal itu baik kerana walaupun kanak-kanak dibelenggu dengan kemodenan teknologi, ia tidak dapat menandingi cerita jenaka Melayu yang memaparkan elemen yang baik.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Elemen adab dalam sastera mampu membentuk nilai peribadi kanak-kanak dan remaja.
[ FOTO HIASAN ] Elemen adab dalam sastera mampu membentuk nilai peribadi kanak-kanak dan remaja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia