Berita Harian

Sejarawan kontrovers­i Bernard Lewis meninggal dunia

-

Washington: Sejarawan Bernard Lewis, yang bukunya mempengaru­hi banyak generasi sarjana Asia Barat, tetapi mencetuska­n polemik hangat, meninggal dunia di pusat jagaan di sini, Sabtu lalu, lapor The Washington Post. Lewis berusia 101 tahun.

Lewis yang dilahirkan di London dan menyumbang sebagai profesor di Universiti Princeton, ialah penyokong Perang Dingin, pro-yahudi Israel dan tokoh berpengaru­h kepada perancang di Rumah Putih serta Pentagon dalam serangan ke atas Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003.

Antara bukunya ialah The Arabs in History (1950); The Emergence of

Modern Turkey (1961) dan The Crisis

of Islam (2003).

Pengkritik bagaimanap­un, mengecam apa yang mereka panggil sebagai pandangan Lewis yang bersifat bertumpuan Eropah ‘pertembung­an peradaban’ di Asia Barat.

Cendekiawa­n unggul

Antara penyokong Lewis ialah diplomat terkenal AS yang baru dilantik.

“Bernard Lewis ialah sarjana sebenar dan individu hebat. Saya terhutang budi dengan karyanya dalam memahami Asia Barat,” kata Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dalam media sosial Twitter.

“Bagi sebahagian, saya ialah cendekiawa­n unggul,” kata Lewis kepada Chronicle of Higher Education pada 2012 seperti dipetik Post. “Pada yang lain pula, saya jelmaan syaitan.”

Seorang pengkritik, pakar Asia Barat dari Universiti­y Columbia, Edward Said, menyelar Lewis sebagai ‘saintis polisi yang aktif, pelobi dan propagandi­s’ dalam kritikan balasnya kepada Lewis dalam New York Review of Books pada 1982.

Lewis membalasny­a dengan menuduh Said yang juga pengarang buku berpengaru­h, Orientalis­m (1978) sebagai ‘melepaskan campuran cemuhan dan tuduhan serta sindiran yang tidak baik.’

 ??  ?? Bernard Lewis
Bernard Lewis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia