Berita Harian

CEF SELEBRITI

Dituduh laku serangan seksual

-

New York: Cef selebriti, Mario Batali - yang sebelum ini pernah dituduh melakukan gangguan seksual dan mencabul - kini berdepan dakwaan dia melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita kurang upaya di sebuah restoran di bandar raya ini, kata laporan rancangan ‘60 Minutes’ di saluran CBS.

Batali sudah berundur daripada empayar gastronomi menggunaka­n namanya berhubung dakwaan salah laku seksual sebelumnya.

Seorang wanita yang pernah bekerja di restoran miliknya berkata, cef selebriti itu menjemputn­ya ke satu parti di ‘The Spotted Pig’ yang mana dia menjadi pelabur, dan pekerja itu minum wain bersamanya.

“Saya teringat satu saat di mana saya duduk di atas riba sambil berkucupan dengannya. Namun saya juga teringat muntah selepas itu dalam tandas.

Tompok air mani

“Saya terjaga dan terbaring di lantai, saya tidak tahu di mana saya berada, dalam bilik kosong, lantai kayu. Saya melihat botol pecah.

“Perkara pertama ialah, saya rasa saya diberi dadah, saya diserang (dirogol),” kata wanita tidak dikenali itu.

Selepas menyedari terdapat tompokan air mani pada kain dipakainya, dia terus menghubung­i talian bantuan dan bergegas ke hospital untuk melakukan pemeriksaa­n. Namun, dia menolak membuat laporan polis, manakala ‘kit rogol’ dari hospital tidak diproses.

Batali dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wanita itu.

Bekas pengurus di The Spotted Pig, Jamie Seet berkata, beliau menyaksika­n menerusi rakaman kamera pengawasan, Batali melakukan satu lagi serangan seksual di restoran itu dan dia campur tangan untuk menghentik­annya. AFP

 ??  ??
 ??  ?? Batali kini berdepan dakwaan dia melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita kurang upaya di sebuah restoran.
Batali kini berdepan dakwaan dia melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita kurang upaya di sebuah restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia