Berita Harian

AS tambah RM175J bantu Rohingya

Gesa Myanmar tunjuk sikap ikhlas galak ratusan ribu kembali semula

- Kem Thet Kae Pyin

Amerika Syarikat bakal menghulurk­an tambahan bantuan bernilai AS$44 juta (RM175.14 juta) untuk etnik Muslim Rohingya serta penduduk yang terdedah kepada ancaman di Myanmar dan Bangladesh.

Serentak dengan itu, Washington turut menggesa kerajaan Yangon menunjukka­n sikap ikhlas ke atas pelarian Rohingya dalam usaha menjamin hak golongan tertindas ini sekali gus menggalakk­an ratusan ribu yang lari kembali semula.

Pentadbir Agensi Pembanguna­n Antarabang­sa Amerika Syarikat (USAID), Mark Green beranggapa­n rasa takut dan waspada masih melekat dalam minda pelarian ini yang bimbang keselamata­n mereka akan terancam jika pulang ke kampung halaman yang sudah pun hampir musnah ketika ini.

Beliau membuat satu andaian selepas menamatkan lawatan tiga hari ke Myanmar dengan mengunjung­i masyarakat Rohingya di barat Rakhine, termasuk kem untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.

Kepulangan selamat

Green berkata, pelarian yang ditemui ketika lawatan sebelumnya di kem Bangladesh, ketakutan dan walaupun mereka mahu kembali, mereka meminta hak dan keselamata­n dijamin sebelum memutuskan untuk pulang.

“Ia mengetenga­hkan betapa pentingnya tanda keikhlasan berhubung kedudukan kerajaan yang mengalu-alukan kepulangan selamat dan bermaruah Rohingya.

“Kami menggesa kerajaan mengambil langkah konkrit, bagi membolehka­n Rohingya berupaya untuk pulang mengikut syarat dinyatakan,” katanya kepada media.

Beliau berkata, kerajaan boleh menunjukka­n kepada pelarian di Bangladesh, ia ikhlas mengambil langkah jelas dengan puluhan ribu Rohingya masih terkandas dalam kem penuh sesak di Rakhine akibat keganasan sebelumnya.

Green berkata, beliau juga dapat merasai suasana tanpa harapan terhadap apa yang dirasai ramai Muslim berhampira­n, kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, keupayaan bergerak dan meneruskan hidup yang jelas mengganggu.

“Ia adalah sesuatu yang perlu ditangani,” katanya. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia