Berita Harian

29 juta warga AS tonton majlis Harry, Meghan

-

Anggaran 29.2 juta tontonan majlis yang berlangsun­g, Sabtu lalu mengatasi jumlah tontonan perkahwina­n abangnya, Putera William dan Kate Middleton pada 2011, dengan jumlah tontonan 22.8 juta orang.

Harry dan Meghan disatukan sebagai suami isteri di majlis yang diadakan di Istana Windsor sambil disaksikan hampir 100,000 orang yang berbaris di sepanjang jalan.

Sementara itu, pasangan diraja itu dikatakan menangguhk­an bulan madu mereka untuk menjalanka­n tugas diraja.

Pasangan itu tidak segera berbulan madu oleh kerana mereka perlu menghadiri parti taman kebajikan untuk Putera Charles, bapa Harry, pewaris takhta di Istana Buckingham, hari ini.

Catat sejarah sendiri

Meghan dan Charles dilaporkan membentuk ikatan kuat oleh kerana beliau mengiringi bakal menantunya ke altar dalam majlis perkahwina­n itu selepas bapanya menarik diri akibat kekecohan media diikuti pembedahan jantung.

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

(Perubahan bersejarah monarki Harry & Meg) tajuk muka depan akhbar The Sun kelmarin, bersama gambar pasangan itu berkucupan di tangga Gereja St George.

“Jika ada perkahwina­n memberi simbol Britain moden, pelbagai budaya dan kaum, semalam adalah buktinya,” tulis akhbar Sunday Mirror dalam editorial.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia