Berita Harian

‘Sekat tiga serangkai Reds’

Ramos anggap Firmino, Mane, Salah ancaman besar Real

-

Sergio Ramos menyedari pasukannya perlu menyekat kepantasan dan tenaga serangan Liverpool yang akan menjadi keutamaan buat Real Madrid pada final Liga Juara-juara.

Tiga pemain depan The Reds iaitu Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah menjaringk­an 29 daripada 40 gol pasukan itu musim ini seterusnya membawa skuad kendalian Jurgen Klopp ke perlawanan terbesar di Eropah.

Pertahanan Real, Ramos sudah mengkaji pencabar utamanya itu bagi saingan di Kiev dan menyedari ancaman boleh diberikan Liverpool terutama menerusi serangan balas pantas.

Lawan kental

“Kami tahu mereka lawan yang kental. Mereka sangat pantas ketika menyerang dan memang boleh mengancam anda.

“Firmino dan Salah adalah pemain yang pantas dan sukar untuk disekat. Jadi kami akan cuba untuk mengawal mereka dan memastikan mereka tidak mendapat hari yang boleh memberi inspirasi, kerana mereka memang boleh memus- nahkan anda.

“Liverpool memang bagus secara teknikal dan penuh dengan kepantasan, namun kami akan cuba mengatasi mereka dengan pemain kami yang juga memiliki kualiti sama.

“Kami tahu kami juga boleh memberi ancaman kepada mereka menerusi serangan balas pantas. Kami akan cuba mengambil kelebihan itu dan kami juga sedar, kami boleh mengancam mereka menerusi cubaan bola mati,” kata pemain Sepanyol itu yang menyasarka­n untuk meraih trofi buat kali keempat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia