Berita Harian

Nadal rangkul kejuaraan ke-56

-

Rom: Rafael Nadal memanfaatk­an perlawanan ditangguhk­an akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggala­n di set penentuan dengan menewaskan juara bertahan, Alexander Zverev 6-1, 1-6, 6-3 di Terbuka Itali, kelmarin.

Kejuaraan itu adalah ke-56 di atas permukaan tanah liat dan dia merampas kedudukan nombor satu daripada Roger Federer apabila ranking terkini ATP dikeluarka­n semalam.

“Kejayaan pertama saya di sini pada 2005 dan ia salah satu kejayaan paling manis dalam karier saya.

“Merangkul trofi ini sekali lagi selepas beberapa tahun sangat istimewa buat saya,” kata Nadal selepas menjulang trofi kelapannya di sini.

Bermula goyah

Nadal yang bermula goyah pada awal permainan selepas kehilangan servis tidak menunggu lama untuk kembali mencapai momentum.

Pemain berusia 31 tahun itu mematahkan servis Zverev untuk menyamakan kedudukan dan mencipta lapan mata kemenangan dan hanya melakukan empat kesilapan berbanding 10 yang dilakukan lawannya untuk menang set pertama.

Zverev bangkit di set kedua dengan mendahului 2-0. Pemain berusia 21 tahun yang mara ke final selepas cemerlang di ATP terus mendapat rentak dan menyukarka­n Nadal di atas permukaan kegemarann­ya.

Selepas perlawanan bersambung, Nadal bagaikan mendapat semangat baharu dengan pukulan bertenaga sehingga memaksa Zverev melakukan banyak kesilapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia