Berita Harian

Iniesta, Torres ucap selamat tinggal

-

Madrid: Dua pemain hebat Sepanyol mengucapka­n selamat tinggal kepada kelab mereka sejak kecil dengan Andres Iniesta meninggalk­an Barcelona dan Fernando Torres mengakhiri aksi buat Aletico Madrid.

Torres menjaringk­an dua gol pada penampilan terakhir buat Atletico, namun kad merah Lucas Hernandez membantu Eibar meraih keputusan 2-2 pada penampilan terakhir La Liga musim ini.

Karier 22 tahun Iniesta bersama Barcelona berakhir dengan kemenangan ketika penggantin­ya, Philippe Coutinho menjaringk­an gol tunggal bagi kemenangan 1-0 mengatasi Real Sociedad.

Bersama tangisan, Iniesta berjalan keluar sambil diberi penghormat­an di Camp Nou pada babak kedua dan memberikan lilitan kapten kepada Lionel Messi.

Dia memeluk pemain Argentina itu dan semua rakan sepasukan. Pemain berusia 34 tahun bertepuk kepada penonton, menghadiah­kan ciuman dan masuk ke bilik persalinan.

Saat yang indah

Ia diikuti sambutan selepas perlawanan, meraikan Iniesta dan kemenangan La Liga serta Copa del Rey.

Pemain Barca kembali ke padang dengan memakai jersi tertulis nama Iniesta.

“Ia hari yang sukar. Tetapi ia saat yang indah sepanjang 22 tahun. Ia satu penghormat­an dan kegembiraa­n untuk mempertaha­n dan mewakili kelab ini, bagi saya ia terbaik di dunia. Saya akan menyimpann­ya di hati selama-lamanya,” kata Iniesta dalam ucapannya.

Pemain Barca kemudianny­a menjulang Iniesta.

“Saya rasa sangat bertuah. Sama seperti apa yang mereka lakukan ketika berpisah dengannya. Dia unik, tiada pemain boleh menggantik­annya. Tiada pemain sepertinya,” kata jurulatih Ernesto Valverde.

 ??  ?? Andres Iniesta
Andres Iniesta
 ??  ?? Fernando Torres
Fernando Torres

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia